Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Siti Nurhaliza kini bergelar Datuk Seri

Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan tiga selebriti lain adalah antara 101 individu yang menerima darjah kebesaran Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar hari ini (24 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza kini bergelar Datuk Seri

Gambar: MAHATHIR ALI/UTUSAN ONLINE

Diterbitkan : 24 Oct 2017 03:32PM Dikemas Kini : 24 Oct 2017 03:35PM

PEKAN: Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan tiga selebriti lain adalah antara 101 individu yang menerima darjah kebesaran Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar hari ini (24 Okt).

Menurut Utusan Online, Datuk Siti Nurhaliza, 38 tahun, yang merupakan anak kelahiran Lipis dianugerahi darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Antara selebriti lain yang menerima anugerah kebesaran itu ialah pelakon Datuk Eizlan Yusof atau nama sebenarnya, Datuk Idris Md. Yusof yang turut menerima SSAP, demikian dilaporkan Utusan Online.

Selain itu, pereka fesyen yang juga Ketua Pengarah Eksekutif Jovian Mandagie Sdn. Bhd., Jovian Mandagie dianugerahi Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk.

Turut menerima anugerah adalah pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra atau Mohamed Hadi Putera Halim yang merupakan Penaung Pertubuhan Johor 1 Care Society yang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk.

Utusan Online melaporkan bahawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyempurnakan istiadat pengurniaan darjah dan pingat di Balairong Seri, Istana Abu Bakar.  

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan