Skip to main content

Iklan

Iklan

Siti Nurhaliza keluarkan lagu Hari Raya baru, yang pertama dalam 10 tahun

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, sudah mengeluarkan lagu single Hari Raya baru berjudul 'Hari Kemenangan'.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza keluarkan lagu Hari Raya baru, yang pertama dalam 10 tahun

Siti Nurhaliza. (Gambar: Facebook/Siti Nurhaliza Tarudin Official)

BERITAMediacorp: Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, sudah mengeluarkan lagu single Hari Raya baru berjudul 'Hari Kemenangan'.

Ia merupakan lagu Hari Raya beliau yang pertama dalam tempoh sedekad.

Siti dalam catatan di laman Facebook dan Instagram lewat malam kelmarin (20 Jun) mengumumkan bahawa lagu single itu, ciptaan penggubah lagu terkenal, Pak Ngah, sudah mula dijual di laman iTunes Malaysia.

Alhamdullillah, Lagu raya baru saya berjudul 'Hari Kemenangan' sudahpun dijual di iTunes ..��������

A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Malah, lagu 'Hari Kemenangan' itu kini berada di kedudukan teratas di carta iTunes Malaysia, iaitu kurang sehari selepas dikeluarkan.

Ia mengatasi lagu 'Sudah Ku Tahu' oleh Projector Band (ke-3), 'Terakhir' oleh Sufian Suhaimi (ke-5) dan 'Crush' oleh Yuna (ke-9).

Bahkan, populariti lagu itu turut terasa sejauh di Belanda - sebuah video yang dimuat naik ke Facebook Rumpun Records menunjukkan warga Malaysia, Indonesia dan Belanda menyanyikan lagu itu dan merakamkannya dari Leiden, Belanda.

Lagu itu didedikasikan kepada Siti dan Pak Ngah, menurut kapsyen yang disertakan pada video yang dikongsi oleh Siti di Facebooknya sendiri.

Catatan Siti tentang lagu 'Hari Kemenangan' di Facebook menerima 1.1 juta reaksi termasuk 'like' dan bentuk hati, dengan ramai netizen yang memuji-muji lagu Hari Raya terbaru itu.

Pengguna Instagram, malisa_moh, menulis: "Saya dah dengar. Best sangat! Tapi kalau ada full album lagu raya macam dulu-dulu, best juga."

Pengguna Instagram, aznalarief pula menulis: "Serius sedap sangat lagu baru ini, mengimbau kenangan lagu-lagu Anugerah Aidilfitri dan Nazam Lebaran... good job Siti dan Pak Ngah."

Kali terakhir Siti mengeluarkan lagu single Hari Raya adalah pada 2006, iaitu lagu 'Mekar Hari Raya', lapor Sinar Harian.

"Ia (lagu Hari Kemenangan) merupakan lagu raya terbaru daripada Siti setelah sedekad tidak tampil dengan lagu raya. Lagu ini agak istimewa juga kerana dicipta oleh Pak Ngah,” kata Siti kepada akhbar itu.

Antara lagu Hari Raya lain yang pernah dinyanyikan Siti termasuk Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran, Suara Takbir, Bila Raya Menjelma, Air Mata Syawal, Nikmat Hari Raya dan Aidilfitri Di Alaf Baru iaitu duet dengan artis SRC, menurut Sinar Harian.

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan