Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza kelihatan di S'pura; sambut hari lahir dan sedang 'babymoon'?

Ini diketahui menerusi gambar-gambar yang dimuat naik oleh restoran Zam Zam menerusi Facebook pada Selasa (9 Jan) dan juga Siti Nurhaliza sendiri menerusi Instagram.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza kelihatan di S'pura; sambut hari lahir dan sedang 'babymoon'?

(Gambar: Restoran Zam Zam/Facebook)

BERITAMediacorp: Penyanyi kesayangan ramai, Siti Nurhaliza, sedang bercuti di Singapura sempena hari lahirnya hari ini (11 Jan) sambil "babymoon".

Ini diketahui menerusi gambar-gambar yang dimuat naik oleh restoran Zam Zam menerusi Facebook pada Selasa (9 Jan) dan juga Siti Nurhaliza sendiri menerusi Instagram.

Gambar-gambar itu menunjukkan Siti bersama keluarga besarnya sedang menikmati hidangan di restoran tersebut yang kelihatan seperti sebuah restoran di Mandarin Gallery, di Orchard Road.

Siti, yang kandungannya kini mencecah sekitar tujuh bulan, semalam (10 Jan) memuat naik gambar beliau di laman Instagram dengan kapsyen yang mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, kerana membawa beliau berjalan-jalan.

(Gambar: Siti Nurhaliza/Instagram)

(Gambar: Siti Nurhaliza/Instagram)

Siti juga melengkapkan kapsyen tersebut dengan hashtag #babymoon yang lazimnya bermaksud percutian semasa hamil.

Beliau juga memuat naik gambar jamuan malam bersama keluarga di Mandarin Gallery sempena hari lahirnya yang ke-39 tahun.

"Birthday dinner with my loved ones" atau makan malam bersama orang-orang tersayang, tulis Siti di IG.

Tq sayang bawak me jalan jalan.. #babymoon #mothermoon ��

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 

Dalam catatan restoran Zam Zam pula, ia jelas ghairah dengan kemunculan Biduanita Malaysia itu dan menulis begini di Facebook: "LOOK WHO IS HERE FOR DINNER AT ZAM ZAM RESTAURANT...... The pictures say it all... ."

Atau terjemahannya, "Lihat siapa di sini untuk makan malam di Restoran Zam Zam ... Gambar-gambar ini menyatakan segala-galanya".

(Gambar: Restoran Zam Zam/Facebook)

(Gambar: Restoran Zam Zam/Facebook)

Para pekerja Zam Zam jelas tidak melepaskan peluang mengambil gambar dengan Siti Nurhaliza. Kesemuanya ada sekitar 10 orang dalam rombongan Siti di Singapura ini.

Antara mereka termasuklah pelakon Izara Aishah yang merupakan menantu Siti dan Datuk K. Izara baru berumahtangga dengan Muhammad Adib - anak kedua Datuk K. - pada 17 November lalu.

(Gambar: Siti Nurhaliza/Instagram)

(Gambar: Siti Nurhaliza/Instagram)

Turut kelihatan ialah beberapa anak lain pasangan tersebut.

Kehamilan penyanyi yang suaranya bak buluh perindu itu menjadi antara khabar paling gembira buat para peminat yang sentiasa mendoakan agar beliau dikurniakan cahaya mata.

Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk K sekitar 11 tahun lalu dan setelah sekian lama berikhtiar, beliau mengumumkan kehamilannya dalam satu sidang media yang diadakan pada 13 Oktober 2017.

Siti turut mengumumkan bahawa beliau akan berehat sementara dari kerjaya nyanyiannya.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan