Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza intai 'Fun-Ride' dengan 'Pocket Rocketmen'

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berharap untuk mengadakan program khas berbasikal 'Fun Ride' bersama jaguh pelumba Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza intai 'Fun-Ride' dengan 'Pocket Rocketmen'

Azizulhasni bersama Siti Nurhaliza. (Gambar: Azizulawangofficial/Instagram)

Diterbitkan : 20 Apr 2017 08:25AM Dikemas Kini : 20 Apr 2017 08:30AM

MALAYSIA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berharap untuk mengadakan program khas berbasikal 'Fun Ride' bersama jaguh pelumba Malaysia.

Siti berkongsi kisah tersebut menerusi akaun Instagram beliau, setelah menerima kejutan dari 'The Pocket Rocketman'.

"Saya berbesar hati dan teruja untuk Fun-Ride bersama #thepocketman...Sitizones! bersiap-sedia." kata beliau.

Baru-baru ini, penyanyi kesayangan ramai tiu dihadiahkan sepasang sarung tangan dari jaguh pelumba negara yang diberi julukan 'Pocket Rocketman' atau nama sebenarnya Mohd Azizulhasni, 29 tahun.

Menurut laporan laman Malaysiakini, sarung tangan itu digunakan oleh Azizulhasni semasa di acara Sukan Olimpik.

Azizulhasni turut merakamkan detik manis ketika memberikan hadiah tersebut kepada Siti.

“Ia adalah satu penghormatan dapat bertemu Dato @CTDK petang ini. Ia sentiasa bagus dapat bertemu kamu Datuk. Sarung tangan basikal dari saya untuk Datuk itu adalah satu kejutan.

“Kepada peminat CTDK dan Kumpulan Azizul, tunggu maklumat terbaru kerana kami sedang merancang untuk Fun-Ride bersama peminat tidak lama lagi.

“Saya berharap Datuk dan suami kekal aktif berbasikal dan memberi inspirasi kepada rakyat negara ini mengamalkan kehidupan sihat,” katanya dalam akaun Instagram miliknya.

Pada Khamis lalu (13 Apr), Azizulhasni menjuarai Kejohanan Lumba Trek Dunia UCI di Hong Kong dan bercita-cita untuk menggondol pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020, lapor Malaysiakini.

Utusan Online pula melaporkan keinginan pelantun lagu Cindai itu bagaimanapun masih lagi dalam peringkat perancangan.

“Hal itu boleh dilakukan jika ada waktu bersesuaian dan kena pada masa.

“Saya memang kagum dengan pencapaian Azizul dan kebetulan saya juga sekarang rajin berbasikal bersama suami sebagai satu aktiviti riadah,” katanya.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan