Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Siti Nurhaliza hadir mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan

Penyanyi tersohor Malaysia, Siti Nurhaliza Tarudin muncul di Menara Ilham hari ini (7 Jun) bagi mewakili industri seni dan hiburan ke mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza hadir mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan

Siti Nurhaliza ketika menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan hari ini (7 Jun). (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 07 Jun 2018 06:18PM Dikemas Kini : 07 Jun 2018 06:20PM

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor Malaysia, Siti Nurhaliza Tarudin muncul di Menara Ilham hari ini (7 Jun) bagi mewakili industri seni dan hiburan ke mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

Beliau yang kelihatan anggun berbaju kurung moden warna biru lembut hadir mewakili bidang seni muzik dan persembahan nyanyian. Turut hadir adalah seniman lain seperti Jo Kukhatas, Eddin Khoo dan Hassan Muthalib yang mewakili bidang seni masing-masing serta bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Kamil Othman.

Ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat itu, Siti Nurhaliza berkata perbincangan pada hari ini (7 Jun) bertujuan memberikan pandangan dan cadangan bagi menaikkan mutu industri negara dan ia mendapat reaksi positif anggota CEP.

“Perbincangan sangat positif dan mereka mendengar dengan begitu baik sekali mengenai apa yang saya dan juga rakan-rakan yang lain suarakan.

“Alhamdulillah... saya harap semuanya diterima, bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi untuk industri,” katanya.

Menurut Siti Nurhaliza, beliau akan menyediakan kertas cadangan untuk dikemukakan kepada majlis dalam waktu terdekat.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan