Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Shima buka warung tepi jalan demi sara hidup

Anda masih ingat lagi penyanyi 90-an yang popular dengan lagu Teringin? Beliau kini terpaksa berniaga di tepi jalan kerana "keadaan yang memaksanya". Meskipun Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, ingin mencari sesuap nasi, ada sahaja yang menghinanya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Shima buka warung tepi jalan demi sara hidup

Shima kini berniaga di tepi jalan. (Gambar: Petikan gambar dari video YouTube/shimateringin/Instagram)

Diterbitkan : 18 Dec 2018 12:14PM Dikemas Kini : 18 Dec 2018 12:32PM

MALAYSIA: Anda masih ingat lagi penyanyi 90-an yang popular dengan lagu Teringin?

Beliau kini terpaksa berniaga di tepi jalan kerana "keadaan yang memaksanya". Meskipun Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, ingin mencari sesuap nasi, ada sahaja yang menghinanya.

“Saya tahu ada yang mengutuk dan mengata saya di belakang, maklum hanya membuka gerai di tepi jalan, itupun menumpang tapak peniaga lain.

“Apa nak buat, itu saja peluang yang ada ketika ini. Keadaan memaksa saya berniaga demi mencari sesuap rezeki.

“Kalau mengharapkan undangan persembahan, mungkin saya terpaksa ikat perut tidak makan kerana sejak beberapa tahun lalu, saya sudah jarang menerima undangan persembahan,” katanya kepada Berita Harian Malaysia.

Penyanyi lagu 'Luka Dilukai' dan 'Aku Tetap Aku' membuka sebuah warung yang dinamakan 'Warung Teringin', dekat dengan tempat tinggalnya di Damansara Damai. Shima menyediakan lebih 10 jenis menu masakan kampung setiap hari.

Kedai itu dibuka pada 3 Disember lalu, lapor BH Online.

Beberapa peminat Shima sebelum ini berkongsi gambar-gambar menerusi catatan Facebook selepas bertemu dengannya. Malah, ada yang memuji usahanya mencuba perniagaan kecil-kecilan.

Ini yang mendorong Shima untuk terus berniaga meskipun dikutuk. Jualannya pula selalu laris.

“Sejak mula berniaga kira-kira dua minggu lalu, lauk-pauk yang dijual selalunya habis. Jika tidak habis, saya sedekah pada orang lain.

“Berkat sedekah, selalunya keesokan hari jualan saya pasti habis. Saya mula berniaga jam 10.00 pagi dan hanya menyediakan makanan bungkus.

“Alhamdulillah, biasanya menjelang jam 12.00 tengah hari, jualan saya sudah habis,” katanya.

Semestinya, ada juga peminat yang teruja melihat Shima di tepi jalan. Sejak khabar tentang perniagaannya tular di media sosial, Shima memberitahu BH Online ada peminat yang sanggup datang dari jauh untuk merasakan air tangannya.

“Ada di antara mereka yang datang turut membawa cakera padat album terdahulu untuk saya tanda tangan.

“Ada juga peminat yang datang untuk bergambar, saya tetap melayani mereka dengan mesra,” tambah beliau.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan