Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sharnaaz Ahmad selamat bernikah dengan Noor Nabila, isteri beri kebebasan berbatas untuk berlakon

Pelakon Sharnaaz Ahmad selamat bergelar suami kepada pasangannya, Noor Nabila pada malam Jumaat (31 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Sharnaaz Ahmad selamat bernikah dengan Noor Nabila, isteri beri kebebasan berbatas untuk berlakon

Sharnaaz Ahmad bersama isteri, Noor Nabila. (Gambar: @marshamilan/Instagram)

Diterbitkan : 02 Apr 2017 12:44AM Dikemas Kini : 02 Apr 2017 12:49AM

MALAYSIA: Pelakon Sharnaaz Ahmad selamat bergelar suami kepada pasangannya, Noor Nabila pada malam Jumaat (31 Mac).

Pelakon itu mengakui merasai debaran yang hebat saat menunggu diijabkabulkan, lapor laman mStar.

Sharnaaz, 32 tahun, berkata, perkara tersebut dirasakan lebih berat daripada mengacarakan program siaran langsung yang ditonton seluruh negara.

"Debaran menunggu saat-saat ijab kabul sangat hebat sukar untuk digambarkan, saya rasa ia lebih hebat daripada program siaran langsung yang pernah saya lakukan sebelum ini.

"Walaupun ditonton hanya satu dewan ini sahaja, tapi saya dapat rasakan ada satu tanggungjawab besar yang perlu saya lakukan selepas ini. Namun saya bersyukur semuanya berjalan lancar," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, pelakon drama Awak Sangat Nakal ini turut berharap dikurniakan enam orang cahaya mata dalam perkahwinan yang baru dibina itu.

"Kami belum lagi berbincang tentang perancangan keluarga kerana baharu sahaja berkahwin tapi kalau ditanya tentang anak, kalau boleh saya mahu enam orang iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang kerjaya lakonan pelakon lelaki itu, Noor Nabila pula berkata, dia menghormati apa juga yang dilakukan oleh suaminya, lapor laman mStar.

Katanya, dia memberi kebebasan berbatas kepada Sharnaaz dalam meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon.

"Saya hormat kerjaya lakonan dia dan tidak pernah menghalang. Saya juga yakin dia tahu jaga diri dan batasan yang perlu dijaga sebagai suami. Dia bebas berlakon tapi berbatas," ujarnya.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan