Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Seungri BIGBANG kembali sebagai artis solo

Album 'The Great Seungri' memuatkan sembilan lagu

Anggaran Waktu Membaca:
Seungri BIGBANG kembali sebagai artis solo

(Gambar: Facebook/Seungri)

Diterbitkan : 21 Jul 2018 10:31PM Dikemas Kini : 23 Jul 2018 03:33AM

SINGAPURA: Anggota termuda kumpulan popular K-pop, BIGBANG melancarkan album penuh sulungnya 'The Great Seungri', semalam (20 Jul), menandakan kemunculan semula artis berusia 27 tahun sebagai penyanyi solo selepas lima tahun.

Menjelang pelancaran rekod yang memuatkan sebanyak sembilan lagu itu, Seungri atau nama sebenarnya Lee Seunghyun, mendedikasikan satu catatan di Instagram kepada "hyungs" ataupun abang-abang BIGBANG yang menjadi satu "sumber tenaga yang besar."

Empat lagi anggota BIGBANG terdiri daripada ketua kumpulan, G-Dragon, rapper TOP serta vokalis Daesung dan Taeyang sedang menjalani perkhimatan negara di Korea Selatan.

Seungri yang bakal menjalani perkhidmatan negara tahun depan, juga mengucapkan terima kasih kepada pengarah agensi pengurusannya, YG Entertainment, Yang Hyun-suk dan penerbit Teddy Park yang dikenali menerusi kerjasama dengan BIGBANG dan 2NE1.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan