Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sesame Street tangani isu autisme dengan perkenalkan watak "Julia"

Rancangan televisyen kanak-kanak Sesame Street memperkenalkan watak baru bernama Julia yang mengalamii autisme, menurut pencipta rancangan tersebut dalam rancangan 60 Minutes CBS News pada Ahad (19 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Sesame Street tangani isu autisme dengan perkenalkan watak "Julia"

Julia, watak baru Sesame Street. (Gambar: 60 Minutes/ Twitter)

Diterbitkan : 20 Mar 2017 12:07PM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 12:11PM

WASHINGTON: Rancangan televisyen kanak-kanak Sesame Street memperkenalkan watak baru bernama Julia yang mengalami autisme, menurut pencipta rancangan tersebut dalam rancangan 60 Minutes CBS News pada Ahad (19 Mac).

Diagnosis autisme semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan satu bagi setiap 68 kanak-kanak di Amerika Syarikat mengalaminya, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Episod yang memperkenalkan Julia itu turut menyelitkan beberapa senario biasa.

Apabila Big Bird diperkenalkan kepada Julia, ia tidak mempedulikannya. Tetapi apabila sekumpulan kanak-kanak bercadang untuk bermain bersama-sama, Julia berasa sangat seronok sehingga melompat keriangan.

"Itu adalah antara perkara yang dilalui oleh kanak-kanak yang mengalami autisme," kata penulis Sesame Street, Christine Ferraro.

Rancangan tersebut turut melakukan kajian mendalam bagi watak-watak lain, termasuk konsultasi dengan para pendidik dan pakar psikologi kanak-kanak.

Ini juga dilakukan dengan pertubuhan-pertubuhan autisme bagi memahami cara terbaik untuk mewujudkan keserasian di kalangan kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak lain.

Wanita di sebalik watak Julia, Stacey Gordon, juga merupakan seorang ibu kepada anak lelaki yang mengalami autisme.

Sumber : AFP/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan