Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

"Serina layak dapat kehidupan lebih baik"; Chef Wan dedah perkahwinan anak tidak bahagia

Selepas sekian lama bersabar cef selebriti, Chef Wan mendedahkan rumah tangga anak perempuannya, Serina Redzuawan bersama Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar tidak bahagia.

Anggaran Waktu Membaca:
"Serina layak dapat kehidupan lebih baik"; Chef Wan dedah perkahwinan anak tidak bahagia
Diterbitkan : 15 Apr 2017 02:18PM Dikemas Kini : 15 Apr 2017 02:19PM

PETALING JAYA: Selepas sekian lama bersabar cef selebriti, Chef Wan mendedahkan rumah tangga anak perempuannya, Serina Redzuawan bersama Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar tidak bahagia.

“Serina sudah memfailkan perceraian dan dia akan melalui beberapa prosiding untuk memperjuangkan hak dan keadilan,” menurut catatan Instagramnya 2 hari lalu.

Chef Wan berkata keretakan rumah tangga pasangan itu berpunca daripada sifat kedekut menantunya dalam memberi nafkah dan enggan menerima nasihatnya supaya berubah, lapor laman Free Malaysia Today (FMT).

“Suami wajib menjalankan tanggungjawab memberi perbelanjaan kepada isterinya tiap-tiap bulan.

“Dia perlu dimanjakan suami, tetapi sayangnya anak saya bekerja teruk mencari rezeki dan sebagai seorang ayah, sudah pasti saya sedih.”

Chef Wan menambah, bekas isteri beliau sendiri diberi RM3,000 (S$950) sebulan sebagai duit perbelanjaan harian, malah mendapat sebuah apartmen tiga bilik, lapor FMT.

“Cukuplah, jika tidak mahu mendengar nasihat bapa mentua, saya rasa sampai sini sajalah, saya percaya, Serina layak mendapat kehidupan yang lebih baik.”

Beliau juga berharap, selepas penjelasan yang dibuat ini, tiada lagi pihak yang bertanya soalan-soalan peribadi kerana beliau enggan melayannya.

Beliau juga berharap agar Serina dan 2 cucunya akan mendapat kehidupan lebih baik.

Chef Wan juga menasihati suami yang mendengar khutbah di depan kadi supaya ingat tanggungjawab mereka kepada isteri, lapor FMT.

“Tiada istilah duit saya adalah duit saya dan duit awak juga perlu disumbangkan kepada keluarga, nafkah tetap tanggungjawab suami.”

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan