"Sepatutnya saya kahwin dengan Hafiz tahun lepas." Ini penjelasan Nelydia Senrose
Pelakon jelita seberang tambak Nelydia Senrose mendedahkan dia sepatutnya menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya, Hafiz pada tahun lalu tetapi ia terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh kekangan kerja.
MALAYSIA: Pelakon jelita seberang tambak Nelydia Senrose mendedahkan dia sepatutnya menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya, Hafiz pada tahun lalu tetapi ia terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh kekangan kerja.
Menurut Nelydia Senrose, 24 tahun, dia juga sibuk membuat persiapan untuk mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga pada hujung tahun lalu, Astro Gempak melaporkan.
"Ketika mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini, saya juga ada berdoa agar urusan perkahwinan saya dipermudahkan tahun ini. Insya Allah, saya bakal meneruskan perancangan berkahwin pada tahun ini," kata Nelydia.
Bagaimanapun, semasa ditemui di majlis sambutan ulang tahun Siti Nurhaliza #SitiGolden40th di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, pelakon tersebut enggan mendedahkan tarikh beliau akan bernikah, menurut Astro Gempak lagi.
"Saya sendiri tak berani nak cakap bila. Insya Allah, jika persiapan sudah dilakukan sebanyak 80 peratus, barulah saya berani untuk berkongsi berita gembira itu.
"Saya mohon semua pihak mendoakan yang terbaik untuk saya agar semuanya dipermudahkan," menurutnya lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.