Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Seludup syabu ke Indonesia: Pendakwa raya mahu pelakon M'sia Benjy dijel 14 tahun, didenda Rp800 juta

Pihak pendakwa raya memohon kepada mahkamah Indonesia agar pelakon Malaysia Benjy dipenjara selama 14 tahun dan didenda sebanyak 800 juta Rupiah.

Anggaran Waktu Membaca:
Seludup syabu ke Indonesia: Pendakwa raya mahu pelakon M'sia Benjy dijel 14 tahun, didenda Rp800 juta

Benjy (berbaju kelabu) ketika ditahan atas kesalahan dadah pada 2011. (Gambar: Facebook/idaman78)

Diterbitkan : 06 Oct 2017 09:39AM Dikemas Kini : 06 Oct 2017 09:42AM

INDONESIA: Pihak pendakwa raya memohon kepada mahkamah Indonesia agar pelakon Malaysia Benjy dipenjara selama 14 tahun dan didenda sebanyak 800 juta Rupiah (S$81,140) atas dakwaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.5 gram ke negara itu.

Menurut laporan laman The Jakarta Post, Benjy, 38 tahun, berdepan dakwaan itu kerana melanggar Undang-Undang Narkotik 2009 Indonesia.

Benjy atau nama sebenarnya Khaireyll Benjamin Bin Ibrahim ditahan di Lapangan Terbang Kualanamu pada 18 April lalu setelah pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan badan terhadapnya.

Selepas pemeriksaan pada bahagian duburnya, pihak berkuasa menemui dua bungkus dadah sintetik yang dipercayai syabu seberat 14 gram.

Benjy ditahan kerana gerak gerinya mencurigakan selain motif kedatangannya ke Indonesia diragui, lapor Astro Awani.

Benjy yang juga anak kepada seniwati Azean Irdawaty, juga pernah berdepan dengan dakwaan berkaitan dadah di Malaysia, termasuk pertuduhan menyeludup, tambah laman itu lagi.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan