Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Selepas 10 tahun menyepi, Ruffedge tampil dengan single baru

Selepas 10 tahun menyepi, akhirnya Ruffedge kembali mewarnai arena muzik Malaysia dengan single terbaru berjudul ‘Seperti Mereka’

Anggaran Waktu Membaca:
Selepas 10 tahun menyepi, Ruffedge tampil dengan single baru

(Gambar: @ruffedge/Instagram)

Diterbitkan : 04 Aug 2018 08:31AM Dikemas Kini : 04 Aug 2018 08:32AM

KUALA LUMPUR: Selepas 10 tahun menyepi tanpa karya baru, akhirnya Ruffedge kembali mewarnai arena muzik Malaysia dengan single terbaru berjudul ‘Seperti Mereka’.

Menurut laporan Astro Awani, single ‘Seperti Mereka’ merupakan hasil ciptaan penuh anggota kumpulan itu sendiri, iaitu Encik Azan Addin.

Single itu dirakam khas oleh Ruffedge untuk para peminat setia yang merindui karya terbaru mereka.

Ruffedge kembali mencuri perhatian peminat pada awal tahun ini apabila muncul membuat persembahan dalam majlis Anugerah MeleTOP Era 2018, lapor Astro Awani.

‘Seperti Mereka’ merupakan single terbitan MKZ Network dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Menurut Astro Awani, single tersebut boleh didapatkan di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 3 Ogos 2018. 

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan