Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sebutan semula kes Sofi Jikan ditetapkan 11 April

Mahkamah Majistret Malaysia hari ini (14 Mac) menetapkan 11 April untuk sebutan semula kes pelakon Sofi Jikan atas pertuduhan menggunakan dadah jenis THC, Februari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Sebutan semula kes Sofi Jikan ditetapkan 11 April

Sofi Jikan. (Gambar: Sofi Jikan Fans Page/Facebook)

Diterbitkan : 14 Mar 2018 06:39PM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 06:40PM

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret Malaysia hari ini (14 Mac) menetapkan 11 April untuk sebutan semula kes pelakon Sofi Jikan atas pertuduhan menggunakan dadah jenis THC, Februari lalu.

Majistret Nurulhuda Zakariya menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48 tahun,  yang didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 11.15 malam, 6 Februari lalu.

Pertuduhan mengikut Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 (S$1,680) atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy  menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada peguam mewakili pelakon itu, Datuk Haniff Hassan.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan