Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

“Saya sudah serik … 2 tahun tidak boleh bertemu anak,” kata Hana Elite terhadap isu saman ke atas Watie Elite

"Saya sudah serik! Tiada lagi peluang untuknya dan biarlah mahkamah sahaja yang putuskan," tambah Hana.

Anggaran Waktu Membaca:
“Saya sudah serik … 2 tahun tidak boleh bertemu anak,” kata Hana Elite terhadap isu saman ke atas Watie Elite

Bekas anggota kumpulan wanita Elite yang popular pada tahun 1990-an, Hana atau nama sebenarnya Norhanasafiza Mat Adnan. (Gambar: Instagram/ @hanaadnan)

Diterbitkan : 11 Sep 2017 03:14PM Dikemas Kini : 11 Sep 2017 03:21PM

MALAYSIA: Kemelut antara dua bekas anggota kumpulan Elite, yang popular pada zaman 1990-an, menarik perhatian peminat hiburan baru-baru ini.

Watie Elite atau nama sebenarnya Norwati diperintah membayar saman lebih RM700,000 (S$224,000) kepada rakannya Hana atau nama sebenarnya Norhanasafiza Mat Adnan, 39 tahun.

Lebih teruk lagi, menurut Hana, pengisytiharan muflis akibat perbuatan Watie adalah antara perkara yang menjadi kemarahan beliau selepas beliau gagal berjumpa dengan kedua-dua anaknya di London.

Ini kerana keadaan muflis beliau menyekatnya keluar dari Malaysia.

Hana ketika dihubungi mStar Online berkata, beliau sudah dua tahun tidak bertemu dua orang anaknya iaitu Aaron Danial Mann, 16, dan Alayna Daniella Mann, 15, yang kini menetap di London.

"Kejadian itu bukan saja menyebabkan saya diisytiharkan muflis tetapi banyak masalah lain terpaksa saya tanggung!

"Banyak benda saya hilang dan paling buat saya sedih, sudah dua tahun saya tidak bertemu anak-anak kerana tidak boleh ke luar negara.

"Bayangkan perasaan saya sebagai seorang ibu yang tak dapat bertemu dengan anak-anak kerana kesalahan orang lain," katanya kepadanya mStar Online.

WATIE TIDAK MAMPU BAYAR SAMAN LEBIH RM700,000

Laporan sebelum ini menyatakan, Hana diiystihar muflis selepas rakannya Watie tidak membayar ansuran bulanan kereta yang dibeli menggunakan nama Hana.

Pada Jumaat lalu, Watie, 41 tahun, hadir ke Mahkamah Sesyen Selayang dan memohon agar jumlah tuntutan dibuat Hana yang kini berjumlah RM707,351.83 (S$226,000) dikurangkan kerana beliau tidak mampu melunaskan jumlah diminta.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 11 Oktober depan untuk perbicaraan saman penghutang penghakiman membabitkan kedua-dua bekas anggota Elite itu.

Dalam pada itu, Hana berkata, tuntutan asal yang dibuatnya dua tahun lalu dianggarkan sekitar RM300,000 (S$96,000) saja namun jumlah itu meningkat selepas ditafsirkan termasuk kadar faedah selepas beliau memfailkan saman penghutang penghakiman pada 18 Mei lalu.

Hana berkata, Watie mengetahui mengenai jumlah asal tersebut namun mendakwa Watie berdegil dan tidak membayar sehingga membuatkan beliau perlu menanggung akibatnya.

"Jika beliau kata tidak tahu, ia tidak benar kerana bekas peguam saya ketika itu, SS Seelan sudah menyerahkan surat itu ke tangannya sendiri malah mereka berbincang kaedah untuk membayar ganti rugi itu.

"Tapi nampaknya Watie terus berdiam diri dan enggan menyelesaikan tuntutan yang sebelum ini hanya berjumlah lebih kurang RM300,000 (S$96,000) saja.

"Atas kedegilannya untuk membayar jadilah jumlah itu mencapai RM700,000 (S$224,000) kerana faedah dikenakan selama tempoh dua tahun," jelasnya dalam laporan itu.

Dalam pada itu, Hana berkata, ruang untuk mereka berbincang juga sudah tertutup kerana Watie pernah diberi peluang berbuat demikian namun mensia-siakannya.

"Saya sudah serik! Tiada lagi peluang untuknya dan biarlah mahkamah sahaja yang putuskan," tambah Hana. 

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan