Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

"Saya belum muflis," jelas Shaheizy Sam

LHDN sebelum ini dilaporkan mempertahankan tindakan mereka mengiklankan notis kebankrapan Shaheizy yang dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan.

Anggaran Waktu Membaca:
"Saya belum muflis," jelas Shaheizy Sam

Shaheizy Sam bersama isteri dan anaknya semasa Hari Raya Haji. (Gambar: Instagram/ Shaheizy Sam Samad)

Diterbitkan : 13 Sep 2017 03:01PM Dikemas Kini : 13 Sep 2017 03:02PM

KUALA LUMPUR: Dihambat kontroversi tunggakan cukai dan kemungkinan berdepan prosiding kes bankrap memberi pengajaran kepada Shaheizy Sam untuk lebih berhati-hati dalam menguruskan kewangan.

Bintang filem Interchange itu mengaku jika isu berkenaan tidak dibangkitkan, beliau tidak akan peka mengenai prosedur pembayaran cukai.

"Saya terkejut kerana tidak tahu menahu mengenai notis muflis yang disiarkan dalam ruangan iklan sebuah akhbar.

"Isu cukai ini membuatkan saya lebih peka. Jika perkara ini tidak terjadi, saya tidak akan tahu. Banyak perkara saya belajar melalui isu ini," katanya kepada BH Malaysia Online.

Shaheizy bagaimanapun tidak boleh mengulas lebih lanjut berhubung isu tunggakan cukainya.

Ini kerana katanya, perkara itu masih dibincangkan dengan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Apabila semua selesai, saya akan beritahu kepada umum. Saya enggan menyalahkan mana-mana pihak kerana saya juga ada salahnya.

"Apa yang penting, saya belum disahkan bankrap, ...itu cuma notis," katanya kepada BHM.

Sejak iklan notis kebankrapan terhadap Sam menjadi viral, netizen mula membuat spekulasi berhubung kedudukan kewangannya.

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan hingga 15 Februari tahun depan bagi LHDN memfailkan petisyen pemiutang bagi meneruskan prosiding kes bankrap ke atas Shaheizy.

LHDN sebelum ini dilaporkan mempertahankan tindakan mereka mengiklankan notis kebankrapan Shaheizy yang dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan