Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Sambutan ulang tahun Lara Alana hanya kecil-kecilan tahun ini

Pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya tidak merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi keempat anak mereka, Lara Alana secara besar-besaran, Julai ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Sambutan ulang tahun Lara Alana hanya kecil-kecilan tahun ini

Lara Alana. (Gambar: schalyahya/Instagram)

Diterbitkan : 16 Apr 2018 09:30AM Dikemas Kini : 16 Apr 2018 09:40AM

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya tidak merancang untuk mengadakan sambutan hari jadi keempat anak mereka, Lara Alana secara besar-besaran, Julai ini.

Harian Metro melaporkan bahawa Scha dan Awal berhasrat untuk mengadakan sambutan secara sederhana yang membabitkan keluarga terdekat sahaja.

“Bagi saya, Lara bukan selebriti yang perlu dihebohkan atau diuar-uarkan. Kalau ada pun majlis, memadai jika ia dijalankan secara kecil-kecilan di kalangan keluarga saja.

“Lagi pula, tiga tahun sebelum ini kami sudah buat meriah dan jemput banyak pihak termasuklah klien. Jadi, untuk tahun ini kami nak buat majlis yang lebih ‘intimate’,” katanya kepada Harian Metro.

Scha yang juga pelakon Isteri VS Tunang, berkata bahawa beliau belum terfikir mengenai tema majlis ulang tahun anaknya itu nanti.

Dalam pada itu, Awal berkata bahawa tema majlis lebih kepada apa yang disukai anak perempuannya.

“Sebelum ini tema dipilih berdasarkan kesukaan Lara. Dia pernah suka kartun PJ Mask jadi kami buat. Tahun lalu pula, dia sukakan Puteri Elsa. Kami tunaikan impiannya.

“Jadi kalau tahun ini dia suka kartun lain atau perkara lain, kami cuba laksanakan,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan anaknya juga, Scha yang ditemui di Festival Gegaria di Amanjaya Mall berkata bahawa Lara menunjukkan minat terhadap bidang kecantikan.

Apa tidaknya, Lara kerap dilihat bersolek sendiri tanpa pengetahuan Scha seperti dimuat naik ke laman Instagram miliknya.

“Sejujurnya, saya tak pernah ajar dan galakkan dia bersolek. Tidak pernah terdetik pun lagi. Mungkin sebab dia selalu tengok saya bersolek dan jurusolek datang ke rumah, membuatkan dia belajar sendiri.

“Apatah lagi kanak-kanak memang cepat tangkap apa yang mereka nampak dan dengar.

“Kalau saya tidak ada, dia akan buka sendiri laci dan ambil apa saja alat solek yang ada. Dia juga tahu kegunaan sesuatu produk seperti pembayang mata dan gincu. Cuma pemilihan warna kelakar dan tidak sesuai,” katanya kepada Harian Metro.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan