Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Salman Khan kini Banduan 106, masih cuba dapatkan ikat jamin

Bintang Bollywood Salman Khan, yang kini disebut sebagai Banduan 106, terpaksa meringkuk sekurang-kurangnya satu hari lagi dalam penjara. Ini sedang dia berusaha mengetepikan hukuman penjara lima tahun kerana membunuh hidupan liar yang terancam pupus.

Anggaran Waktu Membaca:
Salman Khan kini Banduan 106, masih cuba dapatkan ikat jamin

Bintang Bollywood Salman Khan, kini disebut sebagai Banduan 106. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Apr 2018 09:15PM Dikemas Kini : 06 Apr 2018 09:21PM

NEW DELHI: Bintang Bollywood Salman Khan, yang kini disebut sebagai Banduan 106, terpaksa meringkuk sekurang-kurangnya satu hari lagi dalam penjara. Ini sedang dia berusaha mengetepikan hukuman penjara lima tahun kerana membunuh hidupan liar yang terancam pupus.

Salman, salah seorang pelakon lelaki yang paling kaya dan terkenal di dunia, dihukum penjara semalam (5 Apr) selepas beliau disabit kesalahan oleh mahkamah kerana membunuh rusa antelop yang jarang ditemui, yang dikenali sebagai 'black buck', semasa dalam perjalanan memburu ketika membuat penggambaran filem pada tahun 1998.

Peguam Salman meminta supaya diberi ikat jamin tetapi rayuan itu dihentikan selepas seorang hakim berkata beliau mahu melihat seluruh rekod kes berkenaan.

"Kami berhujah untuk diberi ikat jamin di mahkamah. Secara dasarnya, saksi itu tidak boleh dipercayai... mahkamah pendengaran mendapatinya bersalah hanya atas dasar seorang saksi," kata Mahesh Bora, peguam bagi Salman, kepada wartawan di Jodhpur, di bahagian barat daya India, Rajasthan.

Mahkamah akan mendengar kes itu sekali lagi pada Sabtu.

Bintang aksi 52 tahun itu bagaimanapun menolak tuduhan membunuh antelop-antelop 'black buck' itu.

Ratusan orang membanjiri rumahnya di Mumbai sebagai tanda bersatu dengan bintang itu, yang berpindah dari apartmen mewah kepada tidur di lantai di Penjara Tengah Jodhpur.

"Semua orang tahu dia biasa hidup mewah, itu sebabnya dia tidak dapat tidur," dedah akhbar Deccan Herald, sambil memetik seorang pegawai penjara.

"Dia baring dengan selimut yang ditebarkan di lantai. Dia tidak dapat tidur dengan betul. Pada 6.00 pagi, bunyi semboyan mengejutnya bangun dari tidur."

Superintendan Penjara Vikram Singh berkata tiada aturan khas dibuat bagi Salman, yang kini Banduan 106, dan dia dihidangkan makan malam yang merangkumi kacang lentil dan kubis seperti banduan lain pada hari pertamanya di sana.

"Dia mempunyai katil kayu yang ringkas, alas kaki dan penyejuk udara di penjaranya," kata Singh kepada para wartawan.

Salman menuduh jabatan hutan Rajasthan sebagai cuba memerangkapnya. Peguam-peguamnya mendakwa antelop-antelop 'black buck' itu mati akibat sebab-sebab semula jadi, sambil mendakwa tiada bukti haiwan-haiwan itu ditembak.

Empat lagi bintang Bollywoof - Saif Ali Khan, Sonali Bendre, Tabu dan Neelam Kothari - yang juga dituduh dalam kes tersebut, dibebaskan kerana tidak mempunyai bukti yang mencukupi.

Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan