Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Salman Khan dipenjara 5 tahun kerana buru rusa antelop secara haram

Sebuah mahkamah India pada Khamis (5 Apr) menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas bintang Bollywood Salman Khan kerana kesalahan memburu secara haram, menurut beberapa peguam.

Anggaran Waktu Membaca:
Salman Khan dipenjara 5 tahun kerana buru rusa antelop secara haram

Salman Khan tiba di mahkamah India pada 5 April 2018. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Apr 2018 10:58PM Dikemas Kini : 05 Apr 2018 11:04PM

MUMBAI/NEW DELHI: Sebuah mahkamah India pada Khamis (5 Apr) menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas bintang Bollywood Salman Khan kerana kesalahan memburu secara haram, menurut beberapa peguam.

Hukuman itu juga dijangka menjejas kerjaya salah seorang pelakon lelaki paling terkenal di negara tersebut.

Salman, 52, didapati bersalah mencabuli undang-undang hidupan liar dengan membunuh seekor 'Blackbuck', sejenis rusa antelop yang hampir pupus, pada tahun 1998. Empat lagi pelakon lelaki Bollywood yang dituduh dalam kes tersebut bagaimanapun dibebaskan.

Salman memakai baju berwarna hitam dan kaca mata hitam sambil berjalan masuk ke mahkamah, dengan diiringi rombongannya. Rakaman televisyen kemudian menunjukkan polis menggiringnya ke penjara di Jodhpur, di bahagian barat Rajasthan.

Salman dikatakan merancang untuk merayu terhadap hukumannya. Peguamnya Anand Desai, memberitahu Reuters dia sudah menyerahkan rayuan bagi ikat jamin, yang akan didengar pada Jumaat.

Kes berkenaan dikemukakan oleh anggota masyarakat yang dikenali sebagai Bishnoi, yang menyokong antelop.

Masyarakat itu bertegas terhadap kes tersebut ke atas Salman selama hampir dua dekad dengan melancarkan mercun berhampiran mahkamah itu dan mengagih-agihkan gula-gula.

Empat lagi pelakon lelaki Bollywood yang dituduh dalam kes berkenaan - Saif Ali Khan, Neelam, Tabu dan Sonali Bendre - dibebaskan, menurut peguam pendakwa Mahipal Bishnoi.

Sebelum ini, Salman juga sudahpun banyak melanggar undang-undang.

Pada tahun 2015, Mahkamah Tinggi Bombay menarik balik dakwaan terhadapnya dalam kes langgar lari, di mana dia dituduh melanggar sekumpulan orang yang tidur di laluan pejalan kaki, dan menyebabkan seorang maut dan empat yang lain cedera.

Tahun lalu pula, sebuah lagi mahkamah di Jodhpur membebaskan Salman dalam kes memburu secara haram yang berasingan, selepas pihaknya tidak memiliki bukti bahawa Salman membunuh seekor rusa yang terancam. 

Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan