Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Salman Khan diberi ikat jamin 50,000 rupees

Pelakon terkenal Bollywood Salman Khan diberikan ikat jamin selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan buru rusa antelop.

Anggaran Waktu Membaca:
Salman Khan diberi ikat jamin 50,000 rupees

Salman Khan. (Gambar fail: Indranil Mukherjee/AFP)

Diterbitkan : 07 Apr 2018 08:06PM Dikemas Kini : 07 Apr 2018 08:07PM

JODHPUR: Pelakon terkenal Bollywood Salman Khan diberikan ikat jamin selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan buru rusa antelop.

Mahesh Bora, peguam Khan, memberitahu wartawan bahawa hakim baru sahaja menandatangani ikat jamin bernilai 50,000 rupees (S$1,000), menurut laporan Al Jazeera.

Menurut peguambela Khan lagi, Hakim Ravindra Kumar Joshi memberi ikat jamin selepas mendengar hujah-hujah pihak pendakwa dan peguambela selama sekitar sejam.

Pelakon yang berusia 52 tahun itu didapati bersalah Khamis lalu (5 Apr) di mahkamah daerah Jodhpur kerana melanggar undang-undang pemeliharaan haiwan, dua dekad selepas dia dipercayai memburu dan menembak dua rusa antelop pada 1998, lapor Al Jazeera.

Khan ditemani empat lagi pelakon lain yang sedang membuat penggambaran filem Hum Saath Hain pada ketika itu. Pelakon-pelakon itu turut dituduh terlibat tetapi mereka didapati tidak bersalah.

Buat bertahun-tahun, perbicaraan kes ini tertangguh, termasuk usaha untuk membatalkan beberapa dakwaan. Perbicaraan hanya bermula pada 2013.

Menurut laporan media tempatan, Khan dijangka keluar dari Penjara Pusat Jodhpur hujung hari ini, di mana beliau sudah berada di sana selama dua malam. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan