Images
  • award
    Anugerah Kreatif Akademi Asia mengiktiraf hasil kerja terbaik dari sekitar 20 negara merentasi Asia Pasifik. (Gambar: Asian Academy Creative Awards/Facebook)

S'pura raih 5 Anugerah Kreatif Akademi Asia

SINGAPURA: Hari ini (7 Dis) adalah malam kedua dan terakhir bagi majlis Anugerah Kreatif Akademi Asia yang pertama.

Anugerah tersebut mengiktiraf hasil kerja terbaik dari sekitar 20 negara merentasi Asia Pasifik.

Bintang-bintang dari rantau ini sudahpun berhimpun di Capitol Theater Singapura bagi acara Gala Akhir.

Lebih 280 rancangan bersaing untuk merebut 47 anugerah. Sebanyak 28 anugerah disampaikan semalam (6 Dis) dengan Singapura, Hong Kong dan Australia masing-masing menggondol lima anugerah.

Tiga daripada lima anugerah yang diraih Singapura adalah bagi rancangan-rancangan yang ditayangkan di wadah-wadah Mediacorp.

Rancangan Saluran 5 'We Are Singaporeans', yang menguji pengetahuan rakyat Singapura tentang negara mereka dan hal sejagat, merangkul anugerah rancangan permainan atau kuiz terbaik.

Anugerah untuk arahan terbaik dalam rancangan bukan fiksyen pula dimenangi dokumentari 'National Service — The Beginning', yang disiarkan di saluran Channel NewsAsia.

Baki 19 anugerah lain disampaikan pada malam ini (7 Dis).

- CNA/FZ/ai

Top