Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Remy Ishak patah jari kaki susuli latihan jadi penggiat MMA

Pelakon Remy Ishak patah jari kaki semasa menjalani latihan untuk projek terbaru beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
Remy Ishak patah jari kaki susuli latihan jadi penggiat MMA

Jari kaki kiri Remy Ishak patah susuli latiha projek jadi penggiat MMA. (Gambar: Remy Ishak/Instagram)

Diterbitkan : 08 Apr 2018 05:20PM Dikemas Kini : 08 Apr 2018 05:26PM

KUALA LUMPUR: Pelakon Remy Ishak patah jari kaki semasa menjalani latihan untuk projek terbaru beliau.

Remy berkongsi gambar ditolak atas kerusi roda kerana sukar untuk berjalan akibat kecederaan yang dialami dalam catatan Instagramnya semalam (7 Apr).

Beliau menulis: "Ok, cerita dia macam ini. Semalam training untuk projek terbaru, jadi MMA fighter, nasib tak berapa baik.

"Tersilap langkah, jari kaki abang terkeluar dari landasan. Ini pertama kali dalam hidup abang berlaku kejadian patah-patah macam ni, kelakar betul lah!"

Maka tidak hairanlah ramai peminat yang meluahkan keprihatinan atas nasib malang pelakon kegemaran mereka itu.

Rata-rata peminat terkejut dengan catatan Remy yang meminta agar orang ramai mendoakan supaya beliau lebih berhati-hati dan segera sembuh daripada kesakitan yang dialami.

Seorang pengguna, @fatin_ahmad_s memuat naik catatan yang berbunyi: "Get well soon, jari patah tak apa lagi, jangan patah hati je Abang Remy Ishak. Semoga dapat rehat yang cukup."

Ramai juga yang kagum dengan komitmen pelakon berkenaan dalam kerjayanya.

@zuehusain81 menulis: "Get well soon Remy Ishak #heromalaya kesayangan ramai. Sakit pun tetap kerja juga tapi hati-hati yer. Jangan banyak bergerak, awasi langkah anda."

Sementara itu, @marinahchemat pula berkata: "Ini dikatakan pelakon serba boleh @remyishak untuk menjayakan setiap watak kena berkorban dengan setiap kemungkinan yang terjadi. Malang itu tak berbau semoga cepat sembuh."​ 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan