Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Remy Ishak masih berteka-teki tentang tarikh perkahwinannya

Selepas setahun mengikat tali pertunangan Remy Ishak mengakui belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami

Anggaran Waktu Membaca:
Remy Ishak masih berteka-teki tentang tarikh perkahwinannya

(Gambar: @remyishak/Instagram)

Diterbitkan : 04 Aug 2018 08:50AM Dikemas Kini : 04 Aug 2018 08:54AM

KUALA LUMPUR: Selepas setahun mengikat tali pertunangan bersama ahli perniagaan, Cik Roszaliza Yusof, pelakon Remy Ishak mengakui beliau belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, menurut laporan Astro Awani.

Menurut Remy, semua orang mempunyai keinginan untuk berkahwin.

"Saya masih mencari masa yang sesuai untuk berkahwin. Saya memang serius soal kahwin ini," kata Remy.

Apabila ditanya sama ada beliau merancang untuk berkahwin pada tahun depan, Remy belum ada jawapannya.

"Sekarang, saya sendiri belum sedia untuk beri komitmen pada perkahwinan kerana masih banyak perkara yang perlu diselesaikan," kata beliau dalam laporan Astro Awani.

Dilaporkan Astro Awani bahawa pelakon filem ‘Pulang’ itu berkata, beliau juga masih dalam proses untuk mempertingkat diri sendiri sebelum memikul tanggungjawab untuk menjaga anak dara orang.

Remy dan Roszaliza mengikat tali pertunangan pada Mei tahun lalu.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan