Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Putus cinta, Zul Ariffin menyampah lihat Zahirah 'selfie' berdekatan jenazah arwah ibu

Pelakon filem Tombiruo, Zul Ariffin, 31 tahun, mengesahkan ikatan cinta antara dirinya dan aktres Zahirah Macwilson, 23 tahun, mencapai titik bernoktah lebih sebulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Putus cinta, Zul Ariffin menyampah lihat Zahirah 'selfie' berdekatan jenazah arwah ibu

(Gambar: youtube.com/asal artis).

Diterbitkan : 15 Apr 2018 09:48PM Dikemas Kini : 15 Apr 2018 09:52PM

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Tombiruo, Zul Ariffin, 31 tahun, mengesahkan ikatan cinta antara dirinya dan aktres Zahirah Macwilson, 23 tahun, mencapai titik bernoktah lebih sebulan lalu.

"Sejak tahun lalu, ramai sudah tahu mengenai perhubungan kami yang bagai ada pasang surutnya," kata Zul kepada Berita Harian Malaysia.

"Kami sudah putus. Gelombang hubungan kami sudah diketahui ramai sejak tahun lalu. Diakui, hubungan kami ada masanya putus dan bersambung semula dalam tempoh berkenaan.

"Sebab itu, saya hanya memberi 'samar bayangan' jika ada yang bertanya.

"Hari ini, saya mahu menegaskan, perhubungan itu sudah berakhir dan tidak mungkin bertaut kembali.

"Jika masih meneruskan hubungan, bermakna saya menganiayai diri sendiri. Tiada apa yang mahu disembunyikan lagi," sambung Zul seperti ditukil BH Online.

Tambah Zul yang kehilangan ibu tercinta, Robiah Nasir, pada 5 Disember lalu, dia tidak kecewa dengan perpisahan yang berlaku. Sebaliknya dia kecewa tentang tindakan Zahirah semasa ibunya meninggal dunia.

"Kecewa, tidak...! Kalau melihat orang 'berselfie' dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup?

"Itulah perasaan saya ketika melihat Zahirah seronok 'berselfie' bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu saya ketika dalam masjid.

"Ada beberapa saksi melihatnya, termasuk saya yang ketika itu mahu membuka penutup muka untuk mencium arwah ibu buat kali terakhir.

"Menyampah memandangnya, tetapi saya masih meneruskan hubungan. Saya tidak kejam dan tetap memaafkannya," katanya lagi kepada laman tersebut.

Ia menambah, Zul reda apabila masalah cinta yang berlarutan tidak mampu untuk dipulihkan lagi.

"Saya tentunya mengharapkan ketenangan dan kebahagiaan dalam membina hubungan cinta.

"Jika terlalu banyak mengganggu kerja dan menjejaskan kehidupan peribadi, tiada guna untuk terus mempertahankannya. Tiada apa yang perlu saya kenangkan lagi," menurut Zul, yang sebelum ini popular dengan drama Rindu Awak 200%. 

Sumber : Agensi berita/AQ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan