Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pusat beli-belah lokasi sesuai untuk bertemu peminat, tidak perlu malu, kata Liza Hanim

Bekas peserta program Gegar Vaganza musim keempat Liza Hanim tidak pernah bersikap memilih lokasi untuk bertemu peminatnya termasuk di pusat beli-belah walaupun dia penyanyi popular.

Anggaran Waktu Membaca:
Pusat beli-belah lokasi sesuai untuk bertemu peminat, tidak perlu malu, kata Liza Hanim
Diterbitkan : 04 Apr 2018 09:55AM Dikemas Kini : 04 Apr 2018 09:57AM

KUALA LUMPUR: Bekas peserta program Gegar Vaganza musim keempat Liza Hanim tidak pernah bersikap memilih lokasi untuk bertemu peminatnya termasuk di pusat beli-belah walaupun dia penyanyi popular.

Liza, 39 tahun, sebaliknya berkata, pusat beli-belah sebenarnya adalah lokasi paling baik untuk bertemu peminat kerana ia lebih bersifat santai, lapor mStar.

“Pada saya sebagai artis kita kena jumpa peminat tak kira di mana pun termasuk pusat beli-belah.

“Buat apa hendak malu? Pada saya ia tempat yang sesuai malah dari sejak awal kemunculan saya dahulu, pusat beli-belah sentiasa menjadi pilihan,” kata beliau kepada agensi berita mStar.

Liza ditemui pada sidang media Sepetang Bersama Bonda Ratuku yang diadakan semalam (3 Apr).

Beliau turut berkata, sejak kembali aktif dalam bidang nyanyian beliau sentiasa mencari ruang untuk bertemu dengan peminat kerana mereka adalah tunjang kepada kerjaya seninya.

“Konsep turun padang memang saya amalkan sejak dulu kerana peminat ini sebenarnya mahu melihat dan merasai kehadiran kita.

“Walaupun sekarang teknologi sudah banyak berubah termasuk media sosial namun saya percaya penampilan fizikal kita dengan peminat itu yang mengeratkan hubungan artis dan peminat," kata beliau kepada mStar. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan