Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Produser Bollywood rancang bikin filem 'Mahathir Penyelamat Malaysia'

Kisah Dr Mahathir Mohamad menjatuhkan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Umum 2018 mungkin dijadikan sebuah filem Bollywood.

Anggaran Waktu Membaca:
Produser Bollywood rancang bikin filem 'Mahathir Penyelamat Malaysia'

(Gambar: CNA/ Twitter)

Diterbitkan : 30 May 2018 06:16PM Dikemas Kini : 30 May 2018 06:17PM

KUALA LUMPUR: Kisah Dr Mahathir Mohamad menjatuhkan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Umum 2018 mungkin dijadikan sebuah filem Bollywood.

Ini setelah seorang produser Bollywood merancang pembikinan filem mengenai kemenangan Dr Mahathir yang sekali gus menyandang kembali jawatan Perdana Menteri Malaysia, dan menggambarkan beliau sebagai penyelamat dalam kempen memerangi rasuah.

Raman Kumar, 73 tahun, berkata filem itu akan memberi tumpuan kepada intrik politik dan bagaimana Dr Mahathir menggunakan akal budi, kebijaksanaan dan pengalaman 22 tahun sebagai perdana menteri, dari tahun 1981 hingga 2003, untuk berkempen atas platform antirasuah untuk menerajui negara sekali lagi.

"Saya mahu mengarahkan dan menghasilkan filem ini kerana Dr Mahathir, pada usia 92 tahun, dapat membawa rakyat Malaysia supaya bersama-sama dengan apa yang terbukti sebagai pilihan raya kemenangan (bagi beliau dan pakatannya). Beliau memang memiliki kekuatan, keinginan dan ketabahan yang mengagumkan," katanya kepada Bernama.

Dengan tajuk filem yang dirancang bertajuk 'Mahathir Penyelamat Malaysia', filem itu akan dirakamkan dalam bahasa Hindi dan dialih suara ke Bahasa Melayu dan Inggeris.

Raman, yang menghasilkan lebih daripada 10 filem termasuk lima di Malaysia, menyatakan bahawa kepimpinan Dr Mahathir dalam memupuk hubungan antara kaum, mendorong rakyat Malaysia untuk mengundi bagi sebuah kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan (PH), yang dipengerusikannya, selepas 60 tahun kemerdekaan.

"Saya ingin menceritakan kisah kegigihan mengubah Malaysia selepas enam dekad percubaan dan kesukaran dan cara rakyat Malaysia begitu merasakan saat pembangkang (ketika itu) menang (pilihan raya),” katanya.

Dr Mahathir menerajui PH untuk mencapai kemenangan pada pilihan raya umum 9 Mei, meranapkan gabungan Barisan Nasional yang begitu hebat di bawah pendahulunya Encik Najib Razak yang meletak jawatan sebagai pengerusi BN.

"Malaysia dilahirkan semula. Mei adalah hari baharu. Malaysia diberi peluang baharu," kata Raman mengenai kemenangan PH yang menakjubkan di bawah pimpinan Dr Mahathir.

Saya mendapati watak Dr Mahathir penuh warna-warni dan kami ingin menceritakan kisahnya dalam keadaan begitu. Ia melibatkan banyak penyelidikan dan kami mendapatkan seorang penulis skrip rakyat Malaysia yang memahami politik Malaysia dengan baik," kata produser itu merujuk kepada M. Krishnamoorthy, seorang wartawan terkenal serta seorang profesor madya.

Raman, yang tinggal di United Kingdom, Mumbai di India dan juga Malaysia, berkata filem itu akan menampilkan pelakon Malaysia dan sebahagian daripada kru filem akan datang dari Mumbai.    

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan