Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Polis rekod keterangan Farid Kamil isu suapan RM5 juta

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari, memberi keterangan berhubung aduan polis mengaitkannya dengan dakwaan pernah disogok wang RM5 juta (S$1.6 juta) oleh kerajaan sebelum ini, di Kompleks Mahkamah.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis rekod keterangan Farid Kamil isu suapan RM5 juta

(Gambar fail: faridkamilz/Instagram)

Diterbitkan : 27 Nov 2018 04:52PM Dikemas Kini : 27 Nov 2018 05:05PM

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari, memberi keterangan berhubung aduan polis mengaitkannya dengan dakwaan pernah disogok wang RM5 juta (S$1.6 juta) oleh kerajaan sebelum ini, di Kompleks Mahkamah.

Farid Kamil, 37 tahun, memberikan keterangannya pada Isnin (26 Nov) di bilik saksi dan keterangannya direkodkan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. Beliau memberi keterangan itu selepas prosiding kesnya selesai di Mahkamah Majistret.

Menurut peguam Encik Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili Farid Kamil, anak guamnya itu memberikan keterangan di bilik saksi itu selama 30 minit sebelum dilepaskan oleh pegawai berkenaan.

Sebelum itu, Majistret Salamiah Salleh menetapkan 19, 20, 25 dan 26 Feb 2019 untuk perbicaraan kes Farid Kamil yang didakwa membuat aduan polis palsu berhubung dakwaan dianiaya tiga rakan artis yang memasukkan dadah dalam minumannya.

Pihak polis akan memanggil pelakon filem J. Revolusi itu berhubung aduan polis yang dibuat terhadapnya berkenaan dakwaan percubaan diberikan rasuah RM5 juta (S$1.6 juta) oleh kerajaan sebelum ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika mengesahkan perkara itu berkata, aduan polis tersebut dibuat di Balai Polis Kota Damansara pada 6.00 petang, 8 Nov lalu, oleh seorang lelaki berusia 43 tahun yang mewakili Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Encik Lokman Noor Adam.

Dalam aduan polis itu, pengadu mendakwa sudah melihat satu video di YouTube, di mana Farid Kamil memberitahu beliau cuba diberikan rasuah RM5 juta (S$1.6 juta) oleh kerajaan sebelum ini bagi memaafkan mantan perdana menteri Encik Najib Razak dan isterinya Cik Rosmah Mansor.

"Pengadu mendakwa Farid Kamil sengaja reka cerita untuk menjatuhkan imej Encik Najib dan Cik Rosmah dan mendakwa jika betul berlaku, kenapa Farid Kamil tidak membuat aduan kepada SPRM,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pelakon dan pengarah tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat. Kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan bagi kesalahan memfitnah. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan