Pesakit jantung juarai Eurovision; lagu digubah kakak sendiri
Menghidap penyakit jantung yang serius tidak mematahkan semangat seorang peserta pertandingan nyanyian Eurovision untuk mencapai impiannya.
UKRAINE: Menghidap penyakit jantung yang serius tidak mematahkan semangat seorang peserta pertandingan nyanyian Eurovision untuk mencapai impiannya.
Inilah yang dibuktikan Salvador Sobral, 27 tahun, peserta dari Portugal yang muncul sebagai juara.
Salvador yang sedang menunggu pemindahan jantung berjaya menawan hati para pengadil dan penonton dengan lagu balada berjudul "Amar Pelos Dois".
Lagu yang didedangkannya digubah oleh kakaknya sendiri, Luisa.
Kemenangan Salvador lebih manis lagi kerana ini juga merupakan kali pertama Portugal merangkul kejuaraan pertandingan lagu Eurovision.
Saksikan terus suasana sekitar pertandingan itu menerusi video di atas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.