Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Persatuan Seniman nafi berita palsu kematian vokalis Iklim

Persatuan Seniman Malaysia mengesahkan bahawa vokalis Iklim, Saleem, masih dirawat di Hospital Kajang dan menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menularkan berita palsu tentang kematian Saleem.

Anggaran Waktu Membaca:
Persatuan Seniman nafi berita palsu kematian vokalis Iklim

Vokalis terkenal kugiran Iklim dari Malaysia, Allahyarham Saleem. (Gambar fail: @aku_saleem/Instagram)

Diterbitkan : 22 Sep 2018 02:34PM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 02:38PM

KAJANG: Persatuan Seniman Malaysia mengesahkan bahawa vokalis Iklim, Saleem, masih dirawat di Hospital Kajang dan menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menularkan berita palsu tentang kematian Saleem.

Dalam satu kenyataan media, setiausaha Persatuan Seniman Malaysia menyatakan bahawa penyanyi itu masih lagi di bawah pemantauan rapi.

"Seniman Malaysia ingin mengesahkan bahawa Saleem Iklim masih dirawat di Hospital Kajang dan di bawah pemantauan rapi oleh pihak Hospital. Keadaan beliau dilaporkan stabil sehingga waktu ini," menurut kenyataan itu seperti ditukil Astro Awani.

Menurut persatuan itu lagi, berita palsu itu sempat mengelirukan masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab sama sekali tidak mengambil kira perasaan keluarga Saleem.

Seniman turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan berita palsu di laman sosial dan menunggu perkembangan tentang penyanyi itu daripada persatuan itu sendiri, lapor Astro Awani.

BH Online sebelum ini melaporkan Saleem dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam satu nahas. Motosikal yang ditunggang penyanyi berusia 56 tahun itu dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta sehingga beliau tercampak.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan