Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Perlu ada garis panduan kawal produk tidak berkualiti, saran Umie Aida

"Kalau kita nak sajikan makanan yang sama setiap hari kepada keluarga kita, kita perlu pelbagaikan cara hidangan itu supaya mereka tidak bosan. Begitulah perumpamaannya," tambah Umie.

Anggaran Waktu Membaca:
Perlu ada garis panduan kawal produk tidak berkualiti, saran Umie Aida

(Gambar: Facebook/Umie Aida Rahmad)

Diterbitkan : 28 Jul 2018 11:00AM Dikemas Kini : 28 Jul 2018 11:09AM

PUTRAJAYA: Pelakon Umie Aida berharap satu garis panduan dapat diwujudkan sebagai satu usaha membendung lambakan produk tidak berkualiti dalam industri perfileman dan drama tempatan. Ini menurut Astro Awani.

Ujar Umie, alasan takut rating tidak tinggi atau kutipan tiket tidak memberangsangkan, tidak boleh dijadikan kekangan untuk penggiat seni berkarya.

"Memang kita berkarya untuk masyarakat, tetapi kita tidak boleh biarkan perkara itu menyekat kreativiti.

"Kita asyik beri mereka makan ikan, sebab itu mereka tak nak makanan lain.

"Tetapi kalau kita bekerjasama, beri penonton 'makanan' yang berbeza, penonton tak ada pilihan dan perlu terima," kata Umie.

Mengakui jelak dengan tema cinta yang sering disajikan kepada penonton, pelakon prolifik ini bagaimanapun melihat genre itu masih relevan jika dihasilkan dengan lebih kritis, lapor Astro Awani.

"Tema itu tidak salah sebenarnya. Yang salah ialah cara kita menghasilkannya.

"Kalau kita nak sajikan makanan yang sama setiap hari kepada keluarga kita, kita perlu pelbagaikan cara hidangan itu supaya mereka tidak bosan. Begitulah perumpamaannya," tambah Umie.

Menurut Astro Awani, Umie berada di acara Bicara Santai Anak Seni Bersama Perdana Menteri, pada Khamis (26 Jul).

Acara tersebut, yang dianjurkan hasil idea Umie dan kakaknya, Erma Fatima, berjaya mengumpulkan lebih 100 karyawan, bertujuan membincangkan permasalahan dalam industri seni.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan