Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Penyanyi Soul Aretha Franklin meninggal dunia

Penyanyi yang diberi gelaran Ratu Muzik Soul, Aretha Franklin, 76 tahun, meninggal dunia pada akibat barah pankreas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Aug 2018 07:35AM Dikemas Kini : 17 Aug 2018 09:28PM

DETROIT: Penyanyi yang diberi gelaran Ratu Muzik Soul, Aretha Franklin, 76 tahun, meninggal dunia akibat barah pankreas.

Pegawai perantara Franklin, Gwendolyn Quinn, menerusi The Associated Press berkata, penyanyi lagu Think itu meninggal dunia di kediamannya semalam (16 Ogos).

Dalam pada itu, Kosmo Online melaporkan, ahli keluarga Franklin turut hiba dengan pemergian penyanyi tersebut.

“Kami tidak dapat menyusun kata-kata untuk mengungkapkan detik ini. Kami telah kehilangan tulang belakang dalam keluarga kami,” kata keluarganya seperti ditukil Kosmo Online.

Sepanjang hayatnya, Franklin merakamkan sebanyak 42 album studio, 45 album kompilasi dan 5 album rakaman langsung.

Bakat Franklin turut diiktiraf apabila beliau berjaya meraih 18 kemenangan menerusi Anugerah Grammy selama 42 tahun dalam kerjaya sebagai penyanyi. 

Sumber : Agensi berita/EM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan