Penyanyi Rihanna bercinta dengan hartawan Arab Saudi
Penyanyi Rihanna dilaporkan sedang hangat bercinta dengan seorang hartawan Arab Saudi, Hassan Jameel.
AMERIKA SYARIKAT: Penyanyi Rihanna dilaporkan sedang hangat bercinta dengan seorang hartawan Arab Saudi, Hassan Jameel.
Hubungan itu mula dihidu selepas beberapa keping gambar pasangan itu yang sedang bercuti di sebuah villa mewah di Ibiza, Sepanyol baru-baru ini tersebar, lapor Astro Gempak.
Rihanna dan Hassan dilihat mesra ketika sedang berenang di dalam sebuah kolam mandi.
Hassan merupakan naib presiden kepada sebuah syarikat terbesar dunia milik keluarganya, Abdul Latif Jameel.
Syarikat itu merupakan pengedar tunggal jenama kereta Toyota di negara Timur Tengah, lapor Astro Gempak.
Hassan sebelum ini pernah bercinta dengan supermodel Naomi Campbell dan dilaporkan hadir bersama di sebuah festival di Hyde Park, London, pada Julai tahun lalu.
Dalam pada itu, Rihanna mahu pun Naomi, masing-masing sudah tidak mengikuti media sosial Twitter dan Instagram masing-masing.
Sumber memaklumkan Rihanna mula berkenalan dengan Hassan sejak 10 bulan lalu, menurut laporan Astro Gempak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.