Images
  • Pulitzer

Penyanyi 'rap' terima Anugerah Pulitzer, pertama kali dalam tempoh 60 tahun

NEW YORK: Buat julung-julung kalinya dalam tempoh 60 tahun, seorang penyanyi 'rap' dipilih untuk menerima Anugerah Pulitzer dalam kategori muzik bagi albumnya "DAMN".

Kendrik Lamar diberi anugerah itu bagi albumnya berjudul "DAMN".

Lazimnya anugerah berprestij itu bagi kategori muzik dimenangi artis-artis jazz atau klasikal.

Album "DAMN' dikatakan berjaya memaparkan gambaran kehidupan rakyat Amerika berkulit hitam yang moden dan rumit.

Akhbar The New York Times dan majalah The New Yorker pula menerima Anugerah Pulitzer kategori perkhidmatan awam.

Ia bagi laporan yang berjaya membongkarkan skandal seksual membabitkan penerbit terkenal Hollywood, Harvey Weinstein, yang turut mencetuskan gerakan #MeToo.

Sejak artikel-artikel itu diterbitkan pada Oktober lepas, lebih 100 wanita secara terbuka menuduh penerbit itu melakukan jenayah tersebut.

Kategori fotografi rencana dimenangi agensi berita Reuters bagi laporan mengenai krisis 700,000 orang Rohingya, yang melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh.  

- Agensi berita/NT/nk

Top