Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pengarah harap Nur dapat buka mata masyarakat

Pengarah Shahrulezad Mohameddin mahu membuka mata masyarakat terhadap sikap segelintir pihak yang sanggup memperalatkan agama bagi menutup kejahatan menerusi drama arahannya, 'Nur'.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengarah harap Nur dapat buka mata masyarakat
Diterbitkan : 19 Jun 2018 08:11PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 08:14PM

KUALA LUMPUR: Pengarah Shahrulezad Mohameddin mahu membuka mata masyarakat terhadap sikap segelintir pihak yang sanggup memperalatkan agama bagi menutup kejahatan menerusi drama arahannya, 'Nur'.

Akur usahanya itu tidak mampu memuaskan hati semua pihak, terutama dari sudut plot yang dipilih, Shahrulezad bagaimanapun, berharap drama yang disiarkan menerusi slot Samarinda di TV3 menyuntik nilai moral kepada penonton, lapor BH Online.

"Saya ikhlas membuka mata penonton terhadap realiti segelintir masyarakat yang sanggup 'menunggang' agama demi kepentingan peribadi.

"Saya tahu, tidak semua pihak bersetuju dengan plot yang diketengahkan terutama watak Ustaz Hamadi yang dilakonkan Azhan Rani. Dia sanggup berselindung di sebalik perwatakan baiknya untuk mengaburi mata ramai.

"Itu hanya cebisan daripada realiti hari ini kerana di luar sana, masih ramai yang ikhlas dan jujur dalam perjuangan mereka. menegakkan agama. Cuma, kebaikan mereka ada kala ditenggelami dengan kemunculan manusia seperti Ustaz Hamadi," katanya.

BH Online menukil Shahrulezad sebagai berkata, "Drama ini menjadi bualan sejak awal tayangan, namun jumlah tontonannya kurang memberangsangkan kerana penonton menggunakan medium tidak sah. Melihat situasi itu, saya bersama-sama barisan pelakon berusaha keras menukar mentaliti itu.

"Alhamdulillah, usaha kami berhasil, sekali gus membantu karya yang bagus untuk terus menapak selesa. Syukur kerana Nur mengubah persepsi penonton yang beranggapan kebanyakan drama dewasa ini kurang berkualiti," katanya.

Menampilkan gandingan hebat Syafiq Kyle dan Amyra Rosli, Nur yang mula bersiaran sejak 14 Mei lalu turut dibintangi Noorkhiriah, Fatimah Abu Bakar, Laila Nasir, Datuk Jalaluddin Hassan, Kuna Mazani, Riena Diana dan Zaidi Omar. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan