Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pengalaman pelakon Tony Eusoff di penjara bagai “neraka”

Pelakon Tony Eusoff yang dijatuhi hukuman penjara di Singapura atas kesalahan dadah dan kini sudah dibebaskan menyifatkan beliau seolah-seolah berada di dalam “neraka” semasa ditahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengalaman pelakon Tony Eusoff di penjara bagai “neraka”

Pelakon Malaysia, Tony Eusoff. (Gambar fail: Tony Eusoff/Facebook)

Diterbitkan : 13 Oct 2016 12:12PM Dikemas Kini : 14 Oct 2016 10:59AM

SINGAPURA: Pelakon Tony Eusoff yang dijatuhi hukuman penjara di Singapura atas kesalahan dadah dan kini sudah dibebaskan menyifatkan beliau seolah-seolah berada di dalam “neraka” semasa ditahan.

“Belum pernah saya berasa lega yang teramat sangat ketika berjalan memasuki pusat pemeriksaan imigresen untuk ke Johor Baru sebaik dibebaskan dari penjara baru-baru ini,” kata Tony seperti yang ditukil laman MalaysiaKini semalam (12 Okt).

Tony, yang menjalani hukuman penjara di Singapura selama lima bulan 10 hari daripada tempoh lapan bulan yang sudah ditetapkan hakim atas kesalahan memiliki dadah, dibebaskan pada 1 Oktober lalu.

“Apabila berada di dalam penjara, perjalanan waktu dirasakan amat perlahan. Terseksanya mengharungi 10 minit bagaikan menjalani masa seharian yang panjang,” ujar pelakon berusia 38 tahun seperti yang dilaporkan laman NST.

Setelah mendapat tahu hukuman beliau dikurangkan jika berkelakuan baik, beliau berazam untuk menjaga disiplin diri sebaik mungkin.

“Saat memasuki penjara dan mengetahui sistem di sana (Singapura) menawarkan ‘diskaun’ ke atas tempoh hukuman untuk pesalah yang mempamerkan sikap baik, saya memutuskan untuk memberi tumpuan kepada pembebasan awal dengan mengikuti peraturan berkenaan.

“Secara logiknya, kehidupan saya musnah dan perkara terakhir ingin dilakukan adalah dengan membuat keadaan bertambah buruk,” kata beliau.

Tony atau nama penuh beliau Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan pada 21 April lalu.

Sebelum beliau dipenjarakan, beliau sempat memohon maaf dengan memuat naik kenyataan di laman media sosial yang kemudiannya dikongsi oleh sahabat baiknya Tiara Jacquelina, lapor laman MalaysiaKini.

Menurut Tony, Tiara yang merupakan seorang pelakon dan penerbit dan juga suaminya Effendi Norwawi sering memberikan nasihat untuk dirinya selain meminta supaya beliau terus bersikap tabah.

“Dia dan suaminya melawat saya ketika saya sedang menunggu keputusan mahkamah.
“Mereka membantu dalam pelbagai cara yang tiada siapa dapat bayangkan terutama memberikan kata-kata sokongan tanpa prejudis.

“Ia adalah perkara yang paling saya perlukan ketika itu,” ujar Tony.

Selain itu, beberapa orang rakan turut mengutuskan surat ketika dia berada di penjara, termasuk Jehan Miskin, lapor laman MalaysiaKini.

“Saya mungkin sudah masuk ke neraka.

“Tetapi apabila melihatkan kasih sayang tidak berbelah bagi, galakan jujur dan sokongan yang diberikan, ia membuat saya terfikir berada di neraka tetapi dalam kelas bisnis.

“Namun ia bukan tempat yang ingin saya jejakkan kaki lagi kerana perkara paling buruk adalah melukakan perasaan ibu saya ketika ia berlaku,” kata beliau seperti yang ditukil laman MalaysiaKini.

LAPORAN BERKAITAN: 

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan