Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pencipta SpongeBob Squarepants, Stephen Hilenburg, meninggal dunia

Stephen Hillenburg, pencipta kartun SpongeBob Squarepants hingga ke kaca televisyen, pawagam dan pentas, meninggal dunia pada umur 57 tahun, menurut saluran televisyen Nickelodeon pada Selasa (27 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Pencipta SpongeBob Squarepants, Stephen Hilenburg, meninggal dunia

Stephen Hillenburg (kanan) bergambar dengan watak ciptaannya SpongeBob Squarepants (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 28 Nov 2018 06:37PM Dikemas Kini : 28 Nov 2018 06:42PM

AMERIKA SYARIKAT: Stephen Hillenburg, pencipta kartun SpongeBob Squarepants hingga ke kaca televisyen, pawagam dan pentas, meninggal dunia pada umur 57 tahun, menurut saluran televisyen Nickelodeon pada Selasa (27 Nov).

Mendiang Hillenburg tahun lalu mendedahkan bahawa beliau mengalami penyakit saraf ALS, yang juga dikenali sebagai penyakit Lou Gehrig. Beliau meninggal pada Isnin.

"Kami amat berdukacita di atas pemergian Steve Hillenburg selepas bertarung dengan penyakit ALS," menurut saluran itu dalam satu kenyataan.

"Beliau seorang rakan yang dicintai dan rakan kreatif kepada semua orang di Nickelodeon. Jiwa kami berada bersama anggota keluarga beliau."

Hillenburg merupakan seorang guru biologi marin di California Selatan apabila beliau mula mereka makhluk bawah laut sebagai sumber mengajar.

Episod pertama SpongeBob SquarePants - yang memaparkan span kuning ceria yang tinggal dalam nanas di bawah laut, berserta rakan-rakannya Encik Krabs, Larry si Udang Galah, Patrick dan restoran Krusty Krab - disiarkan di stesen televisyen Amerika Syarikat pada Mei 1999.

Siri rancangan itu memenangi beberapa anugerah, menghasilkan beberapa buku, dua filem Hollywood dan satu pementasan muzikal Broadway. Siri televisyen itu juga disiarkan di lebih 200 negara dan dialih bahasa kepada lebih 60 bahasa.

"Steve menerapkan SpongeBob SquarePants dengan lawak jenaka unik dan kelurusan yang menceriakan beberapa generasi kanak-kanak dan keluarga di mana-mana," menurut kenyataan Nickelodeon.

"Watak-watak yang sangat asli dan dunia Bikini Bottom akan kekal sebagai peringatan nilai optimisme, persahabatan dan kuasa imaginasi tanpa batas."

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan