Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Peminat kagum 'Tok Ti' nyanyi sambil gendong cucu

Baru-baru ini, Siti Nurhaliza yang juga mesra dengan gelaran 'Tok Ti' menarik perhatian peminat kerana menyanyi di pentas sambil mendukung cucunya, Arif Jiwa Asyraf.

Anggaran Waktu Membaca:
Peminat kagum 'Tok Ti' nyanyi sambil gendong cucu

(Gambar: Instagram/@ctdk)

Diterbitkan : 10 Nov 2018 02:18PM Dikemas Kini : 10 Nov 2018 02:35PM

MALAYSIA: Menyanyikan lagu secara langsung di khalayak ramai bukan sesuatu tugas yang mudah. Ia perlukan stamina yang kuat, terutama sekali jika si penyanyi pada masa yang sama dikehendaki melakukan pergerakan fizikal seperti menari di atas pentas.

Namun bagi penyanyi unggul Malaysia Siti Nurhaliza, tiada tugas yang dianggap terlalu berat di atas pentas sehingga dapat menjejas mutu persembahannya.

Baru-baru ini, Siti yang juga mesra dengan gelaran 'Tok Ti' menarik perhatian peminat kerana menyanyi di pentas sambil mendukung cucunya, Arif Jiwa Asyraf.

"Bila umiti menyanyi bagi pengantin #firstdance, @arifjiwaasyraf pun minta naik pentas nak menari dengan umiti..." tulis Siti dalam akaun Instagramnya pada Khamis (8 Nov), merujuk kepada dirinya sendiri sebagai 'Umiti'.

Video gandingan comel nenek dan cucu di atas pentas itu setakat ini ditonton lebih 777,000 kali dan menerima hampir 95,000 tanda suka atau 'likes'.

"Nasib (baik) Aafiyah belum pandai jalan," tambah Siti, merujuk kepada anak perempuannya.

Para peminat kagum dengan persembahan diva itu.

"Suara umiti @ctdk tak pernah mengecewakan walaupun sambil dukung @arifjiwaasyraf," komen pengguna Instagram dengan nama akaun 'drizzidentalshahalam'.

'hayati_ak_yahya' pula mencatat komen: "Dukung cucu pun suara tak lari. Power!"


Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan