Pementasan 'Toruk - The First Flight' bermula hari ini hingga 3 Jun
Buat pertama kalinya di Singapura, Cirque du Soleil akan mempersembahkan "Toruk - The First Flight".
SINGAPURA: Buat pertama kalinya di Singapura, Cirque du Soleil akan mempersembahkan "Toruk - The First Flight".
Diilhamkan dari filem Avatar, pertunjukan tersebut merupakan susulan filem 2009.
Disampaikan oleh Mediacorp Vizpro, pertunjukan ini melibatkan 41 pelakon.
Ia akan menggambarkan peristiwa sebelum manusia menjejakkan kaki di Pandora.
Tidak seperti pertunjukan Cirque du Soleil yang lain, ia memberi tumpuan kepada penyampaian cerita.
Menerusi 40 projektor, boneka berskala besar dan layang-layang, Pandora akan diberi suntikan baru di Stadium Tertutup Singapura.
Pertunjukan perdana malam ini (24 Mei) akan berlangsung sehingga 3 Jun.
Tiket-tiket boleh didapati secara online di Sportshubtix dan berharga antara $98 dan $188.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.