Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pembuat filem tempatan Boo Junfeng harumkan nama negara sekali lagi melalui filem Apprentice

Filem Apprentice hasil pembuat filem tempatan Boo Junfeng menang dua anugerah utama di Festival Filem Antarabangsa Fribourg di Switzerland. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pembuat filem tempatan Boo Junfeng harumkan nama negara sekali lagi melalui filem Apprentice

Pengarah Singapura Boo Junfeng. (Gambar: AFP/Alberto Pizzoli)

Diterbitkan : 09 Apr 2017 04:45PM Dikemas Kini : 09 Apr 2017 05:03PM

SINGAPURA: Filem Apprentice hasil pembuat filem tempatan Boo Junfeng menang dua anugerah utama di Festival Filem Antarabangsa Fribourg di Switzerland.

Rakyat Singapura itu membawa pulang Anugerah Pilihan Pengkritik dan juga hadiah utama festival berkenaan - Anugerah Grand Prix yang menawarkan hadiah wang tunai 30,000 Swiss francs (S$41,700) .

Boo juga memberitahu Mediacorp bahawa kemenangan Apprentice di festival-festival filem membangkitkan lagi semangat beliau untuk membuat filem seterusnya.

"Saya sudah mula menulis filem terbaru saya," kongsi beliau.

Fribourg adalah festival filem Apprentice yang ke-60 sejak tayangan sulungnya di Festival Filem Cannes tahun lalu mendapat pujian ramai. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan