Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pelakon veteran Bollywood, Shashi Kapoor, meninggal dunia pada usia 79 tahun

Pelakon veteran Bollywood Shashi Kapoor, yang pernah muncul dalam 116 filem, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 79 tahun hari ini (4 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelakon veteran Bollywood, Shashi Kapoor, meninggal dunia pada usia 79 tahun

Shashi Kapoor dalam salah sebuah filem lakonannya. (Gambar: Petikan skrin dari Youtube)

Diterbitkan : 04 Dec 2017 11:13PM Dikemas Kini : 04 Dec 2017 11:17PM

MUMBAI: Pelakon veteran Bollywood Shashi Kapoor, yang pernah muncul dalam 116 filem, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 79 tahun hari ini (4 Dis).

"Shashi Kapoor meninggal dunia pada 5.20 petang pada 4 Disember di Hospital Kokilaben di Mumbai," dedah Dr Ram Narain, pengarah eksekutif Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani.

Dalam petikan laporan Indian Express, legenda Bollywood itu dilaporkan dimasukkan ke hospital berkenaan pada Ahad malam, bagi rawatan jangkitan paru-paru.

Pelakon tersebut pernah bertarung dengan keadaan serupa pada tahun 2014, selepas menjalani pembedahan pintas.

(Gambar: SUJIT JAISWAL / AFP)

Shashi Kapoor meninggalkan anak perempuan Sanjana Kapoor dan dua anak lelakinya Kunal dan Karan.

Juga anak kepada Prithviraj Kapoor dan saudara lelaki kepada Raj Kapoor dan Shammi Kapoor, menurut Indian Express, Shashi pertama kali berlakon dalam filem Dharmputra pada tahun 1961.

Filem-filem terkenal beliau termasuklah Deewaar, Kabhi Kabhie, Aa Gale Lag Jaa dan Trishul.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan