Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelajari sejarah awal Mickey Mouse, Popeye dan watak animasi lain di MINT Museum of Toys sempena cuti sekolah ini

Watak-watak animasi disuntik nafas baru, membolehkan para pengunjung berinteraksi dengannya selain menerapkan nilai-nilai pembelajaran yang positif dalam suasana santai.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelajari sejarah awal Mickey Mouse, Popeye dan watak animasi lain di MINT Museum of Toys sempena cuti sekolah ini

Antara watak-watak animasi sebahagian pameran The Golden Age of Animation (1928 - 1967) yang sedang berlangsung di MINT Museum of Toys. (Gambar-gambar: Helmy/BERITAMediacorp)

mint toystoy vidSINGAPURA: Masih ingat lagi Mickey Mouse, Popeye dan Felix The Cat?


toy vid
toy vid
Watak-watak animasi inilah yang digemari ramai kanak-kanak sejak lewat tahun 1920an lagi.

Meskipun sudah melalui evolusi dan berubah wajah, ia masih lagi berjaya menarik minat, bukan setakat kanak-kanak, malah orang dewasa juga.

Jika dahulu dua dimensi (2D), ia kini ditonjolkan dalam bentuk tiga dimensi (3D) dan lebih interaktif. Yang pasti, ia bukan sekadar hiburan semata-mata.

TERAP NILAI PEMBELAJARAN DALAM SUASANA SANTAI

Pameran The Golden Age of Animation (1928 - 1967) di MINT Museum of Toys, menonjolkan reka bentuk awal watak-watak animasi popular, termasuk Flintstones, Superman, Snoopy dan Betty Boop.

Menerusi pameran ini, para ibu bapa boleh menerapkan nilai-nilai pembelajaran yang positif dalam suasana santai.

Minda kanak-kanak pasti terbuka untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah watak-watak animasi tersebut selain mempelajari usaha di sebalik pembikinan animasi kegemaran mereka.

"Apa yang boleh dipelajari kanak-kanak adalah permainan itu semua sama tetapi harus ada perubahan mengikut peredaran zaman ... unsur-unsur asli itu tetap ada," Encik Fakhrul Arifin Mohamed Hussein memberitahu BERITAMediacorp.


Sumber : BERITA Mediacorp/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan