Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Panas! Tiket konsert Ed Sheeran habis dijual dalam masa 40 minit!

Ibarat pisang goreng panas. Tiket-tiket bagi konsert Ed Sheeran habis dijual dalam masa 40 minit sahaja!

Anggaran Waktu Membaca:
Panas! Tiket konsert Ed Sheeran habis dijual dalam masa 40 minit!

Tiket konsert Ed Sheeran laris dijual dalam masa 40 minit. (Gambar: AEG Presents)

Diterbitkan : 11 May 2017 05:58PM Dikemas Kini : 11 May 2017 07:32PM

SINGAPURA: Ibarat pisang goreng panas. Tiket-tiket bagi konsert Ed Sheeran habis dijual dalam masa 40 minit sahaja! Demikian didedahkan penganjur konsert tersebut, AEG Presents.

Tiket mula dijual pada pukul 10.00 pagi hari ini (11 Mei) secara dalam talian melalui Sports Hub. Tiket-tiket juga dijual di Singapore Indoor Stadium box office, dan di cawangan-cawangan SingPost.

Dengan jangkaan akan menerima sambutan hangat daripada para peminat Ed Sheeran di Singapura, AEG secara senyap-senyap menjadualkan konsert yang kedua bagi penyanyi British itu dengan menganjurkannya di lokasi yang sama, pada 12 Nov nanti.

Tiket bagi konsert tersebut bermula dari harga $108 dan mula dijual pada sekitar 11.00 pagi semalam menerusi laman web Sports Hub.

Cik Sarah Heng, 28 tahun, misalnya berada dalam talian sejak jam 6.00 pagi bagi mendapatkan tiket ke konsert pada 11 Nov.

Beliau, seorang guru, hanya berjaya masuk ke dalam senarai menunggu dalam talian pada jam 9.30 pagi. Walaupun dia tidak mendapat tiket pada 11 Nov, beliau berjaya mendapatkan tiket bagi konsert pada November 12. Itupun pada kira-kira jam 11.00 pagi - iaitu setelah sekitar lima jam mencuba.

"Nasib baik, ada persembahan kedua," kata Cik Heng, yang membeli tiket empat tiket yang termahal yang berharga $ 248 setiap satu.  

Sumber : Today/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan