Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Pakai gaun seksi, pelakon Mesir berdepan hukuman penjara 5 tahun

Pelakon Mesir, Rania Youssef, bakal dihadapkan di mahkamah bulan depan selepas didakwa melakukan kesalahan menggayakan gaun yang 'seksi' ketika menghadiri Pesta Filem Antarabangsa Kaherah.

Anggaran Waktu Membaca:
Pakai gaun seksi, pelakon Mesir berdepan hukuman penjara 5 tahun

Sekumpulan peguam membuat aduan setelah Rania Youssef memakai gaun jarang di Pesta Filem Antarabangsa Kaherah. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 04 Dec 2018 08:38AM Dikemas Kini : 04 Dec 2018 08:47AM

KAHERAH: Pelakon Mesir, Rania Youssef, bakal dihadapkan di mahkamah bulan depan selepas didakwa melakukan kesalahan menggayakan gaun yang 'seksi' ketika menghadiri Pesta Filem Antarabangsa Kaherah.

Jika disabitkan kesalahan, Rania boleh dipenjara sehingga lima tahun.

Menurut akhbar New York Post, sekumpulan peguam dari negara di bahagian utara Afrika itu membuat aduan kepada ketua pendakwa raya mengenai gaun yang dipakai oleh Rania.

Pelakon berkenaan mengenakan gaun hitam jarang yang mendedahkan bahagian lengan dan kakinya.

Aduan tersebut menyebabkan tuduhan jenayah dikenakan terhadap Rania dan perbicaraan dijadualkan bermula pada 12 Januari, menurut laporan The Times. 

Aduan itu dibuat berdasarkan dakwaan bahawa pemakaian Rania tidak mematuhi nilai dan budaya masyarakat, dan memberi gambaran imej tidak baik kepada wanita Mesir.

Pada Sabtu (1 Dis), Rania membalas kecaman terhadapnya di media sosial dengan mengeluarkan satu kenyataan, di mana beliau meminta maaf atas perbuatannya.

Rania menerangkan bahawa gaun yang dipakainya adalah hasil perbincangan dengan para pereka fesyen yang mendapat ilham daripada pesta-pesta filem antarabangsa.

"Saya ingin mengesahkan komitmen saya kepada nilai dan etika masyarakat Mesir," katanya.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan