Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Noryn Aziz, Misha Omar & Siti Sarah gabung suara dalam Konsert 'Soul Sisters'

Tiga 'suara hebat' dalam dunia seni nyanyian - Noryn Aziz, Misha Omar dan Siti Sarah - bakal berganding dalam satu persembahan konsert pada tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Noryn Aziz, Misha Omar & Siti Sarah gabung suara dalam Konsert 'Soul Sisters'

(Gambar: soulsistersconcert/Instagram)

Diterbitkan : 08 Nov 2018 09:54AM Dikemas Kini : 08 Nov 2018 10:06AM

KUALA LUMPUR: Tiga 'suara hebat' dalam dunia seni nyanyian - Noryn Aziz, Misha Omar dan Siti Sarah - bakal berganding dalam satu persembahan konsert pada tahun depan.

Konsert yang dinamakan 'Soul Sisters' itu bakal dipentaskan di Panggung Sari di Istana Budaya selama dua malam, iaitu pada 5-6 April 2019.

Edd Razhe Entertainment merupakan syarikat produksi di sebalik pemilihan ketiga-tiga penyanyi itu. Astro Awani difahamkan, mereka dipilih berdasarkan reputasi dan kemampuan masing-masing dalam membawa lagu dengan genre 'soul' mahupun R&B.

Ternyata, konsert bergenre 'soul' dan R&B itu juga yang pertama seumpamanya yang akan dipentaskan di Istana Budaya.

“Konsert ini bakal menyajikan kelainan daripada ketiga-tiga artis tersebut," kata Pengarah Urusan ERE, Edd Razhe.

Lebih menarik lagi, Encik Ed mampu 'memujuk' nama-nama besar industri muzik tempatan untuk menyumbang dalam penganjuran konsert tersebut.

Mereka termasuk bekas Penerbit Eksekutif Warner Music Malaysia Nasser Abu Kassim dan pensyarah muzik Syafinaz Selamat, lapor Astro Awani.

Tiket boleh ditempah secara online menerusi laman www.airasiaredtix.com pada harga bermula dari RM155 (S$150).

Menurut Astro Awani, para peminat juga berpeluang bertemu secara dekat dengan tiga selebriti itu pada harga RM755 (S$250).  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan