Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nora Danish terkilan netizen hina anaknya

"Apa salah Ney Ney pada anda," luah pelakon Nora Danish mengenai sikap netizen yang tidak berhenti menghina anaknya, Mohamed Neqayl Nedim atau nama manjanya, Ney Ney.

Anggaran Waktu Membaca:
Nora Danish terkilan netizen hina anaknya

Nora Danish dan anaknya. (Gambar: Nora Danish/Instagram)

Diterbitkan : 05 Jun 2018 08:23AM Dikemas Kini : 05 Jun 2018 08:28AM

KUALA LUMPUR: "Apa salah Ney Ney pada anda," luah pelakon Nora Danish mengenai sikap netizen yang tidak berhenti menghina anaknya, Mohamed Neqayl Nedim atau nama manjanya, Ney Ney.

Nora menerusi akaun Instagram tampil bersuara terhadap segelintir individu yang dianggap menghina anaknya tanpa rasa bersalah, lapor Harian Metro.

Pelakon itu akui terkilan apabila komen yang ditulis mengenai anaknya seolah-olah menghina ciptaan Tuhan.

"Malam yang sangat emosi. Saya terkilan, anak saya ini bukan anak mat salih yang perlu nampak sempurna.

"Anak saya Melayu. Semua manusia dalam dunia ini ada keistimewaan masing-masing. Nak kutuk, membawang ke, kutuklah benda lain.

"Kutuk ciptaan Allah, tidak ada rasa takut dalam hati," tulisnya di Instagram.

Menurut Nora, sebagai selebriti beliau juga punya hati dan perasaan apatah lagi membabitkan anak, lapor Harian Metro.

"Kalau kita ada buat salah, tegur... tak perlu membawang tanpa sebab. Cuba membawang keluarga sendiri tengok apa dia orang rasa.

"Kepada 10 peratus yang hati hitam tu saya doakan Allah beri hidayah pada anda dan bukakan hati anda supaya jadi bersih putih bersinar kembali. InsyaAllah.

"Yang sentiasa memuji, Alhamdulillah syukur, Nora doakan semoga anda mendapat pahala yang banyak kerana membahagiakan kami yang teraniaya," katanya.

Nora dan Nedim bernikah pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buat mereka.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan