Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Nora Danish berkerusi roda sebab sakit pinggul, bukan mengada-ngada!

Pelakon Nora Danish mengakui kehamilan kali keduanya pada usia 36 tahun berbeza berbanding pengalamannya sembilan tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Nora Danish berkerusi roda sebab sakit pinggul, bukan mengada-ngada!

(Gambar-gambar: Instgram/ Nora Danish dan Kaki Foto)

Diterbitkan : 04 Jan 2018 01:57PM Dikemas Kini : 04 Jan 2018 02:02PM

KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish mengakui kehamilan kali keduanya pada usia 36 tahun berbeza berbanding pengalamannya sembilan tahun lalu.

Menurut laporan Astro Awani, dek kerana saiz kandungan dan faktor usia, Nora mengakui beliau mengalami masalah sakit tulang pinggul hingga memaksanya berkerusi roda selama beberapa minggu.

"Kali ini pengalaman hamil sangat berbeza. Dulu mungkin sebab usia lebih muda, jadi lebih mudah.

"Apabila usia sudah 30-an tentunya ada perbezaan.

"Lagipun, bayi saya agak besar dan akibatnya saya memang langsung tidak boleh berjalan sampai terpaksa berkerusi roda selama tiga minggu," katanya kepada Astro Awani.

Jelas Nora, beliau enggan mengambil pusing komen negatif yang dilemparkan netizen gara-gara berkerusi roda ketika hamil.

“Saya sentiasa berfikiran positif. Jadi, saya tidak membaca komen negatif yang mereka tulis di media sosial.

"Saya tak mahu jiwa jadi kacau kerana kritikan itu,” tambahnya, seperti ditukil Astro Awani, yang dijangka bersalin pada awal Mac.

Nora dan Nedim Nazri Aziz berkahwin pada 30 Mac 2017 selepas tiga tahun bercinta.

Ini merupakan perkahwinan kedua pasangan ini dan masing-masing memiliki seorang anak hasil perkahwinan pertama. 

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan