Images
  • priyanka
    Priyanka Chopra semasa mengikat tali pertunangan dengan Nick Jonas. (Gambar: priyankachopra/Instagram)

Nick Jonas, Priyanka berkahwin dalam satu majlis mewah

MUMBAI: Bintang Bollywood Priyanka Chopra dan Nick Jonas sudah sah bergelar suami isteri! Pasangan itu bernikah dalam satu majlis Barat di negara asal Priyanka, India, hari ini (1 Dis). Demikian menurut laman PEOPLE yang melaporkan khabar baik itu secara eksklusif.

Priyanka dan Nick Jonas bernikah di salah satu tempat yang paling mewah di India, Umain Bhawan Palace, di Jodhpur, Rajasthan, hanya empat bulan selepas mengikat tali pertunangan pada Julai 2018.

Priyanka, 36 tahun, mengenakan gaun pengantin Ralph Lauren yang ditempah khas. Jonas, 26 tahun, juga memakai sut berjenama, begitu juga para anggota keluarga lain dan semua pengapit pengantin (termasuk adik Chopra, Siddharth, dan tiga saudara lelaki Jonas - Joe, Kevin dan Frankie).

Jelas, Lauren pereka fesyen penting bagi pasangan itu. Bukan kerana Lauren rakan rapat Priyanka. Menurut PEOPLE, Priyanka dan Jonas, kedua-duanya menggayakan Koleksi Ralph Lauren semasa Met Gala 2017, iaitu sekitar seminggu sebelum mereka mula meluangkan masa bersama.

Bapa Jonas, Palu Kevin Jonas, merasmikan upacara pernikahan mereka hari ini (1 Dis), di mana kedua-dua bintang besar itu bertukar cincin keluaran syarikat terkemuka, Chopard.

Laman itu turut melaporkan Priyanka dan Nick Jonas akan mengadakan satu majlis mengikut istiadat Hindu, sebagai menghormati keluarga Priyanka.

"Penting bagi Priyanka untuk mengadakan satu majlis sesuai dengan warisan dan budayanya, sama pentingnya untuk mengadakan majlis berunsurkan budaya Barat bagi keluarga Nick," menurut sumber kepada PEOPLE awal minggu ini.  

- Agensi berita/AQ/aq

Top