Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

NGO Melayu tuntut David Teo minta maaf, puji Mat Over

Sekumpulan NGO Melayu menuntut pengarah filem David Teo meminta maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia atas dakwaan bersikap kurang ajar di majlis yang dihadiri oleh perdana menteri, semalam (17 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
NGO Melayu tuntut David Teo minta maaf, puji Mat Over

David Teo memberi penjelasan selepas didakwa bersikap kurang ajar di hadapan PM Najib. (Gambar: Petikan skrin dari video Youtube)

Diterbitkan : 18 May 2017 05:40PM Dikemas Kini : 18 May 2017 05:56PM

KUALA LUMPUR: Sekumpulan NGO Melayu menuntut pengarah filem David Teo meminta maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia atas dakwaan bersikap kurang ajar di majlis yang dihadiri oleh perdana menteri, semalam (17 Mei).

Menurut Malaysiakini, jika Encik Teo gagal berbuat demikian dalam masa tiga hari, Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata, kumpulan itu akan mengusulkan bantahan terhadapnya.

"Saya mahu dia memohon maaf secara rasmi kepada semua rakyat Malaysia dan buat secara langsung," kata Encik Razali kepada media di luar pejabat Encik Teo, seperti ditukil Malaysiakini.

Tuntutan itu dibuat walaupun Teo sudah memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malam tadi.

"Jika dia enggan berbuat demikian, maka permohonan maaf beliau (malam tadi) tidak ikhlas, sekadar di bibir," kata Razali yang diiringi oleh lima wakil daripada lima NGO gabungan GMPN.

Dalam petikan laporan Malaysiakini, beliau turut mengucapkan tahniah kepada pelawak Sulaiman Yassin yang juga dikenali sebagai Mat Over kerana menghentikan ucapan Teo dengan mengambil tindakan segera.

Sumber : Agensi berita/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan