Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Netflix lancar rancangan komedi pertama di Asia Tenggara, tampilkan Harith Iskander dan Fakkah Fuzz

Saluran hiburan Netflix, akan melancarkan rancangan komedi tempatan pertama dari Asia Tenggara menampilkan pelawak terkenal, Harith Iskander pada 19 Januari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Netflix lancar rancangan komedi pertama di Asia Tenggara, tampilkan Harith Iskander dan Fakkah Fuzz

Harith Iskander dan Fakkah Fuzz bakal muncul dalam rancangan komedi di Netflix. (Gambar: Fakkah Fuzz/ Facebook)

Diterbitkan : 06 Jan 2018 12:09AM Dikemas Kini : 06 Jan 2018 12:13AM

KUALA LUMPUR: Saluran hiburan Netflix, akan melancarkan rancangan komedi tempatan pertama dari Asia Tenggara menampilkan pelawak terkenal, Harith Iskander pada 19 Januari ini.

Selain Harith, Netflix turut menampilkan persembahan pelawak dari Singapura, Fakkah Fuzz serta pelawak Malaysia Kavin Jay masing-masing menerusi rancangan ‘Almost Banned’ dan ‘Everybody Calm Down!’ pada 26 Januari dan 2 Februari depan.

Netflix menerusi kenyataan menyatakan, rancangan ‘I Told You So’ yang menampilkan Harith dan akan bersiaran selama sejam itu menyentuh pelbagai topik termasuk kekeluargaan, pengalaman janggal pasangan sedang bercinta, sosial dan kebudayaan yang sering dialami masyarakat di Malaysia dan Singapura.

Ketua Rancangan Asli Antarabangsa – Asia Netflix Erika North berkata sejak dilancarkan pada 2016, pihaknya sudahpun memperluaskan program rancangan antarabangsa dari Asia dan sedang menghasilkan rancangan original di lebih 15 negara serantau termasuk Jepun, Korea Selatan, India dan Thailand pada tahun ini.

“Kami berasa teruja kerana dapat mempersembahkan rancangan komedi istimewa Asia yang terbaru kepada peminat selain memperkenalkan bakat terhebat tempatan seperti Harith kepada penonton kami di seluruh dunia.

“Kami mempunyai kepercayaan penuh pada pencerita dan cerita-cerita menarik yang merentasi sempadan dengan memberikan mereka kebebasan untuk berkarya dan menyediakan sebuah platform bagi mempersembahkan hasil karya itu,” katanya.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan