Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Neelofa mangsa buli online setiap hari?

Neelofa mendedahkan, dirinya dibuli hampir setiap hari di laman media sosial dan perkara itu juga berlaku terhadap ahli keluarganya.

Anggaran Waktu Membaca:
Neelofa mangsa buli online setiap hari?

Neelofa dilantik sebagai pengarah bebas bukan eksekutif Air Asia. (Gambar: Neelofa/Instagram)

Diterbitkan : 19 Apr 2018 09:08AM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 09:10AM

MALAYSIA: Neelofa mendedahkan, dirinya dibuli hampir setiap hari di laman media sosial dan perkara itu juga berlaku terhadap ahli keluarganya.

Dengan iu, Neelofa memulakan kempen di media sosial bagi menangani serta memerangi pembulian siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.

Tambah Neelofa, idea ini tercetus setelah beliau sendiri melalui pengalaman dibuli hampir setiap hari di media sosial.

"Semua ini bermula dengan perbualan antara keluarga dan rakan-rakan selebriti yang sering menjadi mangsa buli siber.

"Malah selama lapan tahun berkecimpung di dalam industri seni, boleh dikatakan setiap hari saya dibuli dengan menerima komen-komen negatif.

"Sedangkan bagi saya, sepatutnya media sosial menjadi platform untuk melontarkan pelbagai pandangan yang membina.

"Walaupun sebagai selebriti saya sudah biasa dengan situasi tersebut, namun saya kasihankan ahli keluarga yang turut menjadi mangsa.

"Ini baru hal melibatkan saya, rakan selebriti dan keluarga terdekat. Bagaimana jika perkara ini berlaku kepada anda atau orang biasa?" ujar beliau yang ditukil Astro Awani.

Dengan tema 'Sebar Fakta Bukan Dusta' dan 'Aku Bersamamu', kempen tersebut turut mendapat sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut bintang berusia 29 tahun ini, tujuan utama kempen ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat tentang hak-hak melindungi diri daripada buli siber dan penyebaran maklumat palsu, menurut Astro Awani.

Selain itu, ia juga bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya penyebaran berita palsu dan fitnah yang dilihat semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

"Sesetengah orang merasakan menjadi tanggungjawab mereka untuk ‘menasihati’ orang lain di media sosial tetapi cara digunakan adalah salah.

"Tanpa disedari mereka sebenarnya melukai hati dan membuli orang lain dengan kata-kata digunakan.

"Perkara ini yang ingin kami ubah agar masyarakat lebih peka tentang bahayanya buli di media sosial,” kata beliau. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan